Kerja Khusus Sejarah PT3 2015 : Panduan Lengkap Membuat Tugasan

Kerja Khusus Sejarah PT3 2015 : Panduan Lengkap Membuat Tugasan

Kerja Khusus Sejarah PT3 2015 : Panduan Lengkap Membuat Tugasan

Kerja Khusus Sejarah PT3 2015 : Panduan Lengkap Membuat Tugasan
Kerja Khusus Sejarah PT3 2015 : Panduan Lengkap Membuat Tugasan
1. Arahan kepada calon
  •  Tugasan – wajib dilaksanakan
  • Calon kena datang sekolah pada masa penulisan ini berlangsung. Jangan tak sekolah.
  •  Masa - 8 waktu Sejarah di dalam kelas ( mungkin cikgu akan membuat jadual khas kepada anda. Biasanya cikgu akan memberikan taklimat kepada semua calon bagaimana tugasan ini dijalankan dari mula hingga akhir )
  • Tugasan / penulisan esei ini hanya dilakukan di sekolah dengan bimbingan guru
  • Mintalah bantuan guru sebelum anda menulis laporan seperti cara mendapatkan bahan yang sepatutnya anda dapatkan sama ada internet, buku, majalah , akhbar, akhbar online atau risalah/ makalah
  • Hasil tugasan dibuat dengan menulis esei di sekolah semasa anda di dalam kelas.
  • Tarikh menyiapkan tugasan ialah pada -28 JUN- 10 JULAI 2015 ( sebelum raya dan bertindih dengan penulisan geografi pada minggu depan. kena atur masa betul betul )


2. Tugasan adalah berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895
Tugasan mestilah mengandungi beberapa perkara seperti di bawah ( isi mesti ada yang ini )
- Tajuk kajian
- Nama penulis
- Kandungan

  •  Pengenalan- menjelaskan latarbelakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian secara umum
  • Menjelaskan faktor pemeterian persetiaan
  • Menganalisis kesan setiap butiran perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
  • Menghubungkait pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia
  • Rumusan
  • Sumber rujukan

3. Nasihat saya kepada para pelajar

Sebelum membuat penulisan sepenuhnya tugasan anda diminta membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk di atas
1. Perancangan
a. Contoh Jadual kerja/ senarai semak ( sesuaikan dengan tarikh sekolah anda )

Bil
Tarikh
Aktiviti
Catatan
1
25/6/2015
Menerima taklimat daripada guru
mata pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan
2
26/6/2015
Membuat rujukan awal ke laman web
yang berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai persediaan awal
3
Mengenalpasti cara penulisan
tugasan
4
Menentukan tajuk penulisan
5
Membuat rujukan lanjut berkaitan
dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, makalah,
jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan
6
Menulis kerangka awal tugasan
7
Menulis draf awal tugasan dengan
bimbingan guru dengan lebih teliti dan kemas
8
Menulis pengenalan
9
Menulis faktor
10
Menulis kesan
11
Menulis perkaitan
12
Membuat rumusan
13
10/7/15
Mengemas kini tugasan
14
10/7/15
Menyemak tugasan
15
10/7/15
Menghantar tugasan



b. Objektif kajian ( sebagai contoh sahaja )
i. Mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan Persetiaan Persekutuan 1895
ii. Mengenalpasti faktor yang menyebabkan berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
iii. Menghuraikan perkaitan Persetiaan Persekutuan 1895 dengan sejarah negara pada masa kini.

c. Kaedah kajian ( boleh dihuraikan lagi )
i. Membaca akhbar tempatan dan online
ii. Merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 2 ( muka surat 46 ) atau buku rujukan yang sesuai
iii. Melayari internet untuk merujuk bahan berkaitan dengan tajuk tugasan

d. Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895 ( mungkin boleh tambah yang lebih baik seperti Kedaulatan Malaysia berteraskan Persetiaan Persekutuan 1895 )

2. proses awal
3. menyediakan kerangka kasar penulisan
a. Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895
b. Nama penulis ; nama awak

4. Pengenalan (huraikan latar belakang bagaimana persetiaan Persekutuan boleh ditandatangani/ siapa yang terlibat secara langsung )

5. Faktor pemeteraian persetiaan persekutuan
a. Krisis kewangan Pahang ( huraikan sikit )
b. Perkongsian perkhidmatan pakar ( huraikan sikit )
c. Kemajuan sistem perhubungan ( huraikan sikit )
d. Faktor keselamatan ( huraikan sikit )

6. Kesan persetiaan persekutuan terhadap negeri melayu
a. Kuasa pentadbiran dipegang oleh residen ( huraikan sikit )
b. Penubuhan jabatan baru ( huraikan sikit )
c. Kemerosotan kuasa sultan dan majlis mesyuarat negeri ( huraikan sikit )

7. Perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia
a. Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
b. Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
c. Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial

8. Rumusan – pengetahuan/ nilai/ unsur patriotisme/ harapan
9. Rujukan ( sekurang-kurangnya tiga )
Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Persekutuan_12_Jun_1895
buku teks
Masariah binti Mispari , Johara binti Abdul Wahab, Ridzuan bin Hasan , 2007, Buku teks Sejarah Tingaktan 2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

akhbar online
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Post a Comment

Previous Post Next Post