Keguguran, Leez Rosli Dan Suami Reda Ketentuan Ilahi

Keguguran, Leez Rosli Dan Suami Reda Ketentuan Ilahi

TAKZIAH diucapkan kepada pelakon Leez Rosli dan suami, Aepul Drama Band yang terpaksa menerima berita sedih apabila doktor mengesahkan bayi yang dikandung Leez mengalami keguguran.

Keguguran, Leez Rosli Dan Suami Reda Ketentuan Ilahi
Keguguran, Leez Rosli Dan Suami Reda Ketentuan Ilahi
Menurut Leez, dia sendiri tidak sedar sedang berbadan dua dan menjalani aktiviti seharian seperti biasa sehinggalah melakukan pemeriksaan doktor yang memaklumkan kandungannya tidak mempunyai harapan.

Bagaimanapun, bintang kelahiran Akademi Fantasia itu akui dia dan suami reda atas ketentuan Ilahi.



“Sebenarnya saya tidak menyedari diri saya hamil, jadi saya lakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Sehinggalah saya berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan doktor mengesahkan saya sudah hamil tetapi kandungan saya tidak dapat diselamatkan. Punca keguguran saya tidak pasti,” kata Leez kepada rancangan hiburan Melodi.

Sementara itu, bagi Aepul selaku suami, dia tidak akan berputus asa untuk terus mencuba mendapatkan zuriat selepas ini.

“Apabila doktor memberitahu Leez hamil, saya sebagai suami amatlah gembira tetapi kandungan itu telah gugur. Saya pasrah dan reda, jadi kami kena usaha lebih kuat untuk mendapat anak,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post