Kasihan tengok orang bergaji RM900. Nak beli kereta, susah. Nak beli rumah, memang tak akan dapat. Kalau yang dah berkeluarga, lagi teruk. Hidup untuk kerja je. Nak duit lebih, kena buat Overtime sampai tak ada life.
Kasihan Orang Bergaji RM900, Mana Nak Cari Duit Untuk Anak-Anak |
Di Malaysia, kalau anda cuma lulus SPM bermaksud, bye-bye kepada peace of mind. Gaji 3,000 pun sakit. Anda akan jadi hamba kerja kepada syarikat dan negara so called Islam tetapi corrupt. Anda kena kerja sampai anda tak ada mood.
Bangun pagi, balik malam/petang. Kadang-kadang ikut shift. Masa untuk keluarga atau anak-anak memang jarang ada. Orang bergaji RM10,000 bolehlah pergi makan angin, melancong, tenangkan fikiran, enjoy life tanpa fikir tekanan ekonomi.
Orang bergaji RM900, masuk hari ini, seminggu kemudian fikiran dah mula terganggu. Mana nak cari duit untuk anak-anak?
Orang Melayu bangga sebab ini negara Islam. Tetapi hakikatnya kerajaan yang menguruskan zakat pun tak pandai. Duit berbilion-bilion hilang entah kemana tetapi bila ada orang curi RM2 dekat tabung masjid sebab lapar, terus kena penjara dua tahun.
Perbankan Islam dicipta untuk profit, guna agama untuk lebih keuntungan. Orang berpendapatan rendah kena tindas, tak ada pembelaan. Ini kenyataan yang kita semua nampak. Kita tahu yang kerajaan tahu tetapi mereka buat-buat tak tahu.
Orang Melayu cuma dapat survives sampai sekarang sebab ada Raja-Raja Melayu. Tapi benda positif ini dah jadi negatif sebab 'Ketuanan Melayu' yang jaga orang Melayu meletakkan kita di zon yang terlampau selesa
Usaha untuk membasmi kemiskinan juga lemah. Usaha kita untuk educate bangsa sendiri pun lemah. Sudahlah tahap pendidikan di Malaysia tidak seberapa. Banyak universiti tersenarai dalam ranking terendah.
Dan antara penyakit paling teruk orang kita ialah:
- Bila nasihat baik-baik, tak mahu dengar.
- Bila kena kutuk, semua meroyan.
- Melayu akan guna 'Ketuanan Melayu' bila mereka terancam.
- Orang Melayu tahu mereka miskin tetapi mereka tak tahu nak buat apa.
- Orang kita tak faham situasi. Tetapi bila dah faham, tak mahu fikir. Bila dah fikir, salah faham. Bila dah salah faham, mulalah bergaduh.
- 'Kau cakap macam bagus tapi apa sumbangan kau?' - Ayat mati orang fikiran benak yang menghalang orang lain untuk berfikir dan buka minda. Minda block.
- Gaji 3,600 dikira miskin. Gaji bawah 3,500 bermaksud anda papa kedana.
Yang tinggal pada orang Melayu cuma 'Delusi' Ketuanan Melayu mereka dan Malaysia ini Melayu yang punya.
Hakikatnya, mereka semua menjurus ke arah mengemis di negeri sendiri.
Kredit - AUNI AMEERA / My Media Hub
Post a Comment