SEORANG perunding kewangan menjadi ‘bahan ketawa’ netizen selepas memberi saranan kepada warga kota jangan pulang ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Jadi 'Bahan Ketawa' Netizen, Kenyataan ‘Nak Jimat, Jangan Balik Kg Raya Ini’ |
“Tahun ini, cuba jangan balik kampung. Pertama, jimatkan minyak, minyak dah naik 10 sen. Kedua, tol. InshaAllah, saya pun tak tahu. Dah naik rasanya. Yang ketiga, kalau dah ramai-ramai mesti tidur di hotel.
“Trend orang sekarang balik raya, tak tidur rumah mak bapa lagi. Sempitlah, itulah, maka tidur hotel, belanja bertambah,” ujarnya.
Cadangan yang disifatkan tidak masuk dek akal itu menerima kritikan netizen yang rata-ratanya menghamburkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Syed Abdul Aziz Al-Qurba.
Tambahan pula, musim perayaan adalah masa untuk bersama keluarga dan menziarahi sanak-saudara.
Maka, sudah jelas bahawa idea untuk tidak pulang ke kampung semata-mata untuk berjimat adalah tidak munasabah.
Berikutan itu, ada yang menyifatkan sebagai seorang yang berilmu, Syed Abdul Aziz sepatutnya lebih mengetahui tentang kelebihan dan keperluan balik kampung di musim perayaan.
– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment