Isteri Dakwa Awie Baling Telefon Ke Dinding Hingga Pecah Selepas Tunjuk Gambar Bersama Seorang Perempuan

Isteri Dakwa Awie Baling Telefon Ke Dinding Hingga Pecah Selepas Tunjuk Gambar Bersama Seorang Perempuan

Isteri Awie, Rozana Misbun memberitahu suaminya bertindak membaling iPhone miliknya ke dinding sehingga pecah apabila dia menunjukkan gambar penyanyi itu bersama seorang perempuan.

Isteri Dakwa Awie Baling Telefon Ke Dinding Hingga Pecah Selepas Tunjuk Gambar Bersama Seorang Perempuan
Isteri Dakwa Awie Baling Telefon Ke Dinding Hingga Pecah Selepas Tunjuk Gambar Bersama Seorang Perempuan
Rozana berkata demikian dalam sesi perbicaraan kedua-dua pasangan berkenaan di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Memetik Rotikaya, keterangan itu diambil berdasarkan pemeriksaan balas berhubung kewujudan iPhone 4 pada hari kejadian 2 Jun tahun lalu.

"Saya tak dapat merakam gambar menggunakan iPhone sebab ia telah dipecahkan oleh OKT sehari sebelum kejadian,” kata Rozana.

Awie sebelum ini didakwa mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana di rumah pasangan berkenaan di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana pada 2 Jun tahun lepas.

Dalam pada itu Rozana memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai banyak beg berjenama sebagaimana didakwa. Dia sebaliknya hanya memiliki satu sahaja beg berjenama.

Dia bagaimanapun tidak pernah membayar balik duit berkenaan meskipun berjanji untuk menjelaskannya kepada Awie.

“Saya tak dapat membayar wang kepada OKT kerana tak sempat menjual beg beg kerana beg telah dirampas oleh OKT. Kesemua beg ditangan OKT selepas dia ambil selepas kejadian 2 Jun itu.

“Jumlah RM250,000 dalam akaun itu (ASB) bukanlah dalam bentuk tunai sebaliknya pinjaman yang akan matang pada 2016,” katanya lagi. Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung 13 Julai ini. -Siakapkeli.my

Post a Comment

Previous Post Next Post