Hati-hati semua khususnya pada wanita yang selalu travel bersendirian. Kejadian ini berlaku ketika dalam perjalanan saya pulang dari Temerloh ke Shah Alam menaiki bas SE Express semalam.
Hati-hati Bila Travel Sendirian, Lelaki Tunjuk 'Batang Berjuntai' Pada Penumpang Wanita |
Mohon sebarkan agar si pelaku keji ini tidur dalam lokap. Sekarang, mangsa tengah kuatkan diri untuk membuat laporan polis.
Sebarkan sebelum anda ataupun ahli keluarga atau kenalan anda menjadi mangsa. Demi wanita yang kita sayangi, tolong sebarkan.
Lelaki ini dikatakan menaiki bas tersebut dari Kuala Krau. Saya tak sempat buat apa-apa semasa kejadian. Saya menjadi keliru seketika kerana inilah pengalaman pertama kali saya dan mangsa terjumpa lelaki seperti ini.
CERITA PENUH
Semasa kejadian, saya sedang tidur dan lelaki ini duduk di sebelah saya. Dia tunjukkan gambar kemaluan dia pada wanita yang duduk di belakang saya.
Mangsa sempat merakam perbuatan lelaki itu sebelum dia menendang kerusi bertujuan mengejutkan saya.
Selepas saya terbangun dari tidur, mangsa membuat draft message dan berikan kepada saya. Dalam keadaan yang mamai, saya pun membaca mesej itu sambil menjeling-jeling ke arah zip seluar lelaki itu. Namun tiada apa-apa pun yang kelihatan.
Sehinggalah bas melalui Terowong Genting Sempah, saya ternampak telefon yang dipegang oleh lelaki itu dan barulah saya faham apa yang cuba disampaikan oleh mangsa.
"Sorok telefon tu, nanti orang belakang nampak. Jangan buat macam ini kalau tak nak kecoh," kata saya kepada lelaki itu.
Saya nak tegur lebih-lebih, bimbang pula lelaki ini memiliki pisau atau apa-apa senjata tajam.
Selepas ditegur, dia pun menghentikan perbuatannya itu dan bermain game sehinggalah ke Pekeliling.
Semasa lelaki itu sudah kantoi dengan mangsa, saya suruh wanita itu tukar tempat duduk dengan seorang penumpang lelaki di belakang. Gambar ini pula saya dapat semasa saya turun di Shah Alam.
Mangsa mengadu perkara ini pada pemandu bas. Menurut pemandu bas berkenaan, lelaki itu menaiki bas tersebut di Kuala Krau. - My Media Hub
Post a Comment