GAMBAR seorang lelaki yang bertindak menghargai jasa serta pengorbanan anggota polis yang terpaksa bertugas di hari raya aidilfitri semalam telah viral dan mendapat perhatian pengguna laman sosial.
Gambar Lelaki Hargai Jasa Polis Bekerja Di Hari Raya Jadi Viral |
Menerusi gambarnya bersama seorang anggota polis trafik yang kini viral, lelaki itu telah memberi buah tangan kepada polis yang bertugas pada hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka di aidilfitri ini.
Menurut Victor, dia dalam perjalanan pulang dari gym apabila ternampak ada sekatan jalan raya yang dibuat dari arah bertentangan.
Simpati serta merasakan empat anggota polis yang sedang menjalankan tugas berhak bersama keluarga sempena hari raya ini, Victor telah membeli serta memberikan sebuah hamper kepada mereka.
“Ini untuk awak sahabat, ini musim perayaan.. awak patut bersama keluarga dan bukan bekerja. Jadi ini cara saya untuk berterima kasih kerana menjalankan tugas sebagai polis,” katanya.
Rata-rata netizen memuji serta berbangga dengan lelaki itu kerana kegigihannya serta semangat mementingkan kehidupan berharmoni di dalam negara.
Selain itu, Victor memberitahu tujuannya memuat naik gambar bukanlah untuk mendapat perhatian netizen mahupun pujian.
Sejak kebelakangan ini negara Malaysia telah dilanda pelbagai kejadian yang memburukkan imej negara harmoni dan tindakan Victor itu sedikit sebanyak pasti dapat memulihkan kembali reaksi negatif masyarakat terhadap negara.
Jadi, sama-samalah kita sebarkan semangat keharmonian dikalangan masyarakat dan jika lebih banyak individu seperti Victor ini, pasti negara lebih aman dan makmur.
Semangat macam inilah yang memeriahkan lagi setiap sambutan hari raya di Malaysia dan ini baru Satu Malaysia!
– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment