SERING kali kita mendengar, yang kononnya pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah tajaan pinjaman MARA dikatakan lebih ‘mewah’ berbanding pelajar-pelajar yang menggunakan PTPTN dan JPA.
Betul Ke Pelajar Tajaan MARA Makan Sesedap Je? |
Dari pengalaman kami sebagai bekas pelajar di bawah tajaan MARA, mungkin apa yang dikatakan ada benarnya dan sedikit sebanyak merasai sendiri apakah yang dimaksukan dengan ‘mewah’ tersebut.
Menerusi sebuah carta yang mengambarkan tahap perbezaan jenis ‘makanan’ di antara perbezaan skim loan pelajaran ini, anda pasti boleh menggambarkan bagaimana situasi yang dikatakan pelajar MARA adalah lebih mewah.
Jom lihat sebab-sebab mengapa pelajar tajaan MARA ini sering memakan makanan yang enak-enak sahaja, dalam kata lain mempunyai wang yang lebih berbanding yang lain.
MARA
GAMBAR HIASAN
Konsep MARA ini senang sahaja, iaitu para pelajar akan ditanggung setiap bulan.
Macam iba-bapa kita bagi duit pada tiap-tiap bulan, ini semestinya amat menyenangkan para pelajar sebenarnya kerana dengan itu, kita akan lebih berjimat.
Duit untuk yuran pembelajaran, akan ditolak oleh MARA sendiri bagi urusan pihak kolej, nampak tak? Kita boleh menilai di situ kelebihan pelajar-pelajar di bawah tajaan MARA.
Maka tidak hairanlah di awal bulan makanan-makanan yang digambarkan melalui gambarajah adalah mahal, namun di setiap hujung bulan, duit bulanan pasti sudah tidak banyak lagi dan itulah yang digambarkan dengan ‘maggi cup‘ sahaja.
PTPTN
GAMBAR HIASAN
Bagi pelajar yang menggunakan loan PTPTN pula, mereka akan diberi wang pinjaman mereka pada setiap satu semester keseluruhan.
Cuba anda bayangkan situasi di mana pada bulan pertama dalam semester tersebut, baki akaun di bank masih mempunyai nilai di antara RM1,000 ke RM2,000.
Pastinya buat pelajar ini pada mulanya akan gembira teramat apabila terdapat duit sebanyak itu di dalam akaun, tetapi apabila masuk ke bulan yang ke-3 atau ke-4, duit pinjaman sudah habis dibelanjakan.
Maka aktiviti tengok wayang di hujung minggu kini tidak lagi menjadi aktiviti kegemaran buat golongan ini.
Seperti gambar maggi cup di dalam carta, begitulah rata-ratanya keadaan ‘ekonomi’ buat kebanyakan pelajar loan PTPTN.
Pada ketika itu, mulalah menghubungi Mak dan Ayah untuk meminta duit tambahan, hmm… agak membebankan di situ.
JPA
GAMBAR HIASAN
Buat pelajar JPA pula, nilai wang dan elaun yang diperoleh agak banyak dan lebih berbanding daripada PTPTN dan MARA.
Pelajar akan diberikan wang sara diri sehingga RM5,000 untuk satu semester.
Cuma yuran pengajian perlu dibayar sendiri untuk semester tersebut tetapi wang yang selebihnya adalah milik sendiri.
Maka jika yuran hanya RM1,000 untuk semester tersebut, jadi masih ada RM4,000 bukan?
Mereka juga turut diberikan pelbagai elaun seperti wang saku latihan amali khas kepada pelajar-pelajar tajaan JPA ini.
Cuma bila dah nama ‘biasiswa’ tu, pastinya proses pindahan wang ke akaun pelajar akan mengambil sedikit masa berbanding loan yang lain.
Bertepatan dengan imej maggi cup di awalan semester yang kemudiannya digantikan dengan imej hidangan stik menandakan pelajar tersebut sudah mendapat wang biasiswa dari JPA.
Disebabkan biasiswa, bersyukurlah kerana anda tidak perlu membayar balik dan itulah kelebihan buat pelajar-pelajar genius yang cemerlang di dalam pelajaran.
Yang penting cuma kekalkan prestasi keputusan CGPA yang baik pada tiap semester agar biasiswa anda tidak ditarik balik.
Apa yang pasti, pengurusan wang itulah sebenarnya “key point” yang paling penting sekali.
Sama ada pelajar itu di bawah tajaan JPA, MARA atau PTPTN, jika gagal menguruskan wang pinjaman pelajaran dengan baik, pasti tiap-tiap bulan yang seterusnya akan menjadikan makanan maggi cup sebagai makanan ‘rasmi’.
Lebih-lebih lagi buat pelajar MARA, kekurangan wang di hujung bulan bukanlah merupakan suatu ‘mitos’, tetapi realiti buat kebanyakan pelajar-pelajar ini.
Jadi buat pelajar dan mahasiswa di luar sana, harap selepas ini uruskanlah kewangan anda dengan baik dan teratur agar tidak rasa tersempit di hujung semester mahupun di hujung bulan.
Jika wang diuruskan dengan baik, Insya Allah pasti akan ada lebihan yang boleh digunakan ketika di alam pekerjaan kelak. – MYNEWSSHUB.CC
Post a Comment