MALANG sememangnya tidak berbau.. seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut manakala ibunya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 357.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, Dungun, petang tadi.
Bayi 5 Bulan Maut, Ibu Cedera Parah Dalam Nahas Kereta |
Sementara ibunya, Siti Hajar Md Aziz, 28 cedera parah di kepala dan muka telah dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Ayah mangsa, Zul Azlan Yaakub, 30, dan kakaknya, Nurhadamia, 2, turut cedera dan dirawat di Hospital Dungun.
Keluarga yang menetap di Taman Medan Jaya Petaling Jaya ini dikatakan menaiki Perodua Alza dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu, dipercayai terbabas dan terbalik beberapa kali sebelum merempuh pembahagi jalan.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian tersebut.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment