TAK dapat dinafikan, manusia yang dilahirkan sebagai Muslim sekali pun kadangkala tersasar dalam kehidupan dan tercari-cari arah kebenaran. Sedangkan, sejak kecil mereka sudah disogokkan dengan ajaran Islam baik di rumah mahupun di sekolah agama.
Akui Diri Khunsa!!! – Adam Warren Fernandez Perlu Bimbingan |
Justeru bebanan perasaan ditanggung Adam Warren Fernandez selaku mualaf amat kami fahami sekaligus menjadi tanggung jawab selaku sesama Islam untuk mempermudahkan kehidupannya sebagai saudara baru.
Sebenarnya kisah Adam yang amat menyentuh hati pernah kami siarkan pada Oktober dan Disember 2014. Namanya juga tidak asing buat mereka yang gemar mengikuti radio Ikim.FM di samping muncul dalam beberapa program televisyen berunsur keagamaan dan melibatkan perkongsian oleh saudara baru.
Namun siapa sangka, walaupun sudah terang-terangan menjadi saudara baru Islam, masih banyak kemelut membelenggu Adam.
Mulia niat hati Adam, apabila sudi berkongsi kisah yang dianggap taboo oleh kebanyakan manusia senasib dengannya semata-mata untuk memberi faedah kepada saudara seIslam lain yang tercari-cari arah sepertinya.
Apa yang dimaksudkan adalah, Adam telah mengirim emel kepada Mynewshub dan mengakui dirinya adalah khunsa dan tidak kisah untuk berkongsi hakikat itu dengan orang lain atas niat mahu kelainan jantina sepertinya dibincangkan secara berhemah mengikut landasan Islam.
Email itu secara terperinci menceritakan bahawa Adam adalah seorang khunsa dan cabaran yang dilalui.
Namun kami tidak terus menyiarkan email berkenaan sebaliknya telah menghubungi beliau beberapa kali bagi membincangkan kandungan email itu dan memohon kebenaran untuk menerbitkannya.
Adam telah melakukan sembahyang tahajud sebelum memberikan kebenaran.
Tujuan beliau adalah agar keadaan dirinya dibincangkan dari sudut ilmiah dan keislaman agar mereka yang senasib mendapat perhatian serta sokongan yang sewajarnya dari masyarakat.
Apa pun, untuk mengenali lebih dekat tentang Adam kami ceritakan semula kisah dirinya sebagaimana yang pernah beliau kongsikan dengan kami menerusi emel:
Semasa kecil, impian saya adalah untuk jadi seorang Paderi. Di usia 11 tahun saya sertai gereja sebagai Altar Boy (pembantu Paderi) & begitu kagum dengan Paderi yang saya bantu, melihat dia menguruskan upacara.
Di situ saya berkawan dengan seorang remaja – Matthew 14 tahun, juga seorang Altar Boy. Dia seorang budak nakal tapi saya suka berkawan dgn dia. Pada satu hari, Matthew cuba curi duit gereja & saya ada di situ pada ketika itu. Kami dua ditangkap & terpaksa mengadap dua Ketua Agama di kamar mereka.
Kedua-dua Ketua Agama itu kata mencuri satu kesalahan & perlu dihukum tapi jenis hukuman yang diberikan adalah di luar jangkaan saya. Matthew & saya dihukum secara seksual tapi yang didera teruk ialah Matthew & saya dipaksa melihat segalanya sebagai pengajaran.
Selepas itu dunia kami tukar. Saya hilang keyakinan pada semua Ketua Agama & lama kelamaan, manusia. Akan tetapi saya yakin pada agama sebab semua agama mengajar kita. Matthew pula menjadi penagih dadah & mula menghabiskan masa di jalanraya.
Apabila saya beritahu arwah ayah (seorang tentera) & keluarga, mereka tidak percaya. Yang percaya pada saya ialah arwah nenek Roselind Chia & dialah tempat saya menaruh segala harapan & kepercayaan, yang melindungi saya dari dunia luar. Saya tinggal bersama dia di Rumah Pangsa Loke Yew, jauh dari keluarga.
Ketika di Loke Yew Flats, arwah nenek duduk di tingkat 13 dan jiran saya, pereka fesyen terkenal di Malaysia sekarang Michael Ong duduk di tingkat 12. Loke Yew Flats ini pelbagai bangsa & agama.. ada surau, kuil, tokong Cina & gereja.
Di sini saya pelajari erti masyarakat majmuk & perpaduan. Michael Ong & saya sering bercakap di balkoni & saya sentiasa kagum minatnya utk menjadi pereka fesyen. Beliau benar-benar merealisasikan impian dia untuk jadi pereka fesyen yang terkenal.
Saya tiada minat lagi pada agama, lebih lagi bila kena dengar tazkirah daripada Ketua Agama yang sama melakukan gangguan seksual. Matthew pula tiada pilihan & terus jadi pembantu Ketua Agama manakala saya dilarang oleh nenek.
Selepas itu saya sering ikut Matthew, melihat dunia dia & disitulah saya pelajari hidup warna warni kotaraya… ramai remaja dengan pelbagai masalah daripada dadah, keluarga pecah belah, seksual, gangsterism.
Keluarga tetap memberi pendidikan pada saya sehingga masuk Kolej. Arwah nenek pesan saya harus jadi seorang insan yang mulia dan bantu semua orang.
Matthew yang ketika ini sudah teruk dengan penagihan, beritahu saya dia asyik dihukum oleh Ketua Agama (saya dah faham jenis “hukuman” itu) & berkata, satu hari nanti bila saya dah stabil, saya mesti bantu pada golongan remaja/kanak-kanak sepertinya. Dia lepas itu bunuh diri, overdose.
Sejurus selepas itu, saya terlibat dalam kemalangan. Di situlah saya dapat hidayah yang pertama, ketika saya didatangi oleh entiti putih, tinggi orangnya dan mengucap “Bismillah irrahman Irrahim…. adik jangan bimbang kerana pakcik akan junjung adik balik ke rumah” itu yang saya ingat.
Apabila saya sampai rumah keluarga di Kelana Jaya, saya tidak ingat apa-apa dan terus rebah. Yang saya ingat, saya di hospital dan kereta saya remuk di depan. Pihak polis hairan bagaimana saya dpt keluar & berjalan balik ke rumah.. satu keajaiban. Selepas itu selama 3 hari pertama di hospital, bila jam 3 pagi saya sering mendengar azan lalu didatangi oleh ramai org berbaju putih melawat. Saya benar-benar ingat saya akan mati & bila diceritakan pada keluarga, mrk anggap itu mainan minda.
Saya membawa diri ke Penang utk kerja. Selepas itu saya masih pergi ke gereja, utk menunaikan kewajipan tapi jiwa saya kosong. Saya tidak mengerti apa itu Cinta. Dunia saya hanya arwah nenek.
Setiap kali nak bercinta ia tak kekal, sbb saya tak percaya adanya cinta. Dari perhotelan, saya mula ceburi bidang pengacara TV utk Selamat Pagi Malaysia, Msia 2020, dll. Ini mengembalikan keyakinan saya berdepan dgn manusia, mula petah bercakap.
Kenangan bersama artis popular, Fazura ketika menghadiri majlis hiburan.
2005, adik bongsu saya berkahwin dgn org Amerika. Keluarga smua buat persiapan utk ke Amerika, arwah nenek ingin ikut tapi keluarga melarang krn arwah Nenek ketika itu sakit tapi dia tetap nak ikut krn tak boleh berpisah dari saya. Kami memujuk dia utk bersabar krn saya hanya ke Amerika seminggu, tapi walau pun seminggu, dia tak sanggup berpisah.
Nenek kata pada saya, dia akan mati apabila saya balik ke Malaysia. Kami ke Amerika tanpa nenek dan di sana saya dpt berita dia masuk wad. Apabila balik ke Malaysia, keesokan harinya nenek meninggal dunia. Dunia saya runtuh, serba salah saya jadinya.
Jiwa saya mati & saya benar-benar sesat. Saya tak rapat lagi dgn keluarga, kami berpecah belah. Kerja saya tak tentu arah. Saya tak reti apa maksud cinta dan terlibat dlm pelbagai gejala sosial sehingga berdepan dgn syaitan.
Saya jadi tak tentu arah krn sedar mempunyai deria mata ketiga, di mana saya boleh melihat benda2 yang menakutkan. Saya pernah mimpi bayangan neraka dan ditawarkan ilmu hitam.
Tahun 2009 saya balik ke Selangor, mula bekerja di hotel terkemuka. Jiwa saya tetap kosong & tak terurus. Di situlah saya jumpa seorang sahabat karib dunia & akhirat.
Takdir yg ketemukan kami, beliau seorang yg kuat agama. Saya masih ingat ramai org berpesan padanya supaya jangan dekati saya krn saya ini pengaruh tak baik, tak terurus, akan tetapi dia tetap dekati saya. Dialah seorang kawan yg berjalan dengan saya, bukan yg lain.. antara jalan belakang atau depan saya.
Akibat tidak terurus, saya dibuang kerja. Ketika itu runtuh dunia saya. Sahabat dunia akhirat saya pula dapat kenaikan pangkat tapi apa yg dia lakukan selepas itu, benar-benar buka hati & minda saya erti persahabatan. Beliau tolak jawatan, henti kerja utk beri sokongan moral. Kami mula berniaga.
Pada mulanya, kami ingin buat perniagaan biskut cokelat chip yg dibuat olehnya & dipasarkan oleh saya. Mmg pesanan cookies, banyak. Kemudian kami diambil kerja seketika di syarikat pengurusan Tg Rhu Resort Langkawi iaitu Signforce Hospitality dibawah didikan Managing Director, En Badrul yg ajar kami selok belok dunia perniagaan.
Dari situ lahirlah perniagaan perunding pemasaran, perhubungan awam, penjenamaan, media dan komunikasi iaitu Whosyn’Signature dgn klien pertama Chinta Restlounge ke Seri Chenang Resort & Spa Langkawi, LADA(Langkawi Development Authority), Tourism Malaysia, syarikat korporat, stesen TV, rumah produksi dan MAS. Ketika itu juga saya mula berkawan baik dgn Dr Anuradha. Dia banyak beri perangsang hidup, keyakinan pada saya. Dia yg merawat hati saya, kembalikan keyakinan saya berdepan dunia. Sehingga hari ini, dia lah yang hari-hari hantar kata-kata motivasi samada menerusi whatsapp, call atau Facebook.
Dia banyak tolong pulihkan hubungan saya dengan keluarga. Saya pelajari bnyk ttg kehidupan dari beliau. Dia yg mula buat saya berani menyuarakan pendapat & hati saya.
Perkara yg membuatkan saya balik ke jalan Allah ialah masa saya disuruh buat pemeriksaan kesihatan. Begitu takut saya dgn segala keputusan krn apa yg berlaku pada saya, tapi saya janji pada Allah, jika segala keputusan kesihatan saya ok, saya berazam utk mulakan hidup baru.
Sahabat dunia akhirat saya, banyak kembalikan keimanan, kepercayaan pada Allah. Pada tahun 2012, dia galakkan saya ke Amerika(di mana keluarga saya skrg menetap) utk Krismas.
Di sinilah saya dapat hidayah kedua iaitu pengalaman dgn puting beliung yg melanda kawasan rumah keluarga. Siren yg kuat memberi amaran puting beliung akan datang. Ianya pukul 12 tgh hari, kami sekeluarga ke almari besar yg dibina dalam rumah.
Ketika keluarga bergegas, saya tergerak hati utk buka pintu, krn kedengaran bunyi keretapi bergerak di luar. Apabila saya buka pintu, di luar gelap segelap-gelapnya…tak boleh lihat apa2 dan bunyi kuat keretapi lalu membuatkan terkeluar dari mulut saya ALLAHUAKBAR.
Saya bergegas ke almari utk selindung & di situ saya dengar azan. Apabila tiada lagi bunyi keretapi dan pintu dibuka, keadaan di luar kembali cerah, panas terik.
Rupanya apa saya alami adalah sisa puting beliung yg melanda kawasan perumahan yg lain krn seandainya ia benar-benar di luar, saya sudah disedut keluar.
Saya kemudian balik ke Malaysia, terjumpa Michael Ong. Dia sudah jadi pereka fesyen yg terkenal. Kami berbicara dari hati ke hati.
Memandangkan dia dah capai impian, dia ingin menyumbang pada yg daif, mengeratkan perpaduan antara bangsa, lalu saya bantu dia. Di situ juga saya pelajari berkemas & keyakinan diri. Dialah yg mengajar saya utk kemaskini diri saya & imej.
18 Julai 2014, saya syahadah dgn nama Adam Warren Fernandez Abdullah, diuruskan oleh Kumpulan Karangkraf Media, di mana pemiliknya Dato Hushummuddin selaku saksi utama begitu juga sahabat dunia akhirat saya.
Sebelum itu saya ingin syahadah tetapi sentiasa ada halangan dari kalangan orang-orang Muslim yg kata saya kena pelajari Quran dulu & mcm2 lagi.
Pertemuan 17hb Julai dengan wargaKomunikasi Korporat Media Karangkraf utk menghantar dodol raya yg dipesan mrk, rupa2nya takdir pertemuan perbincangan ttg minat mrk utk melaksanakan buat kali pertama upacara syahadah di surau Karangkraf.
Pada hari itu saya benar2 faham erti cinta.. cinta pada Allah dan mula mengenali cinta pada manusia. Saya belajar.. janganlah kita campur aduk manusia, bangsa, politik, organisasi dgn agama. Agama tak pernah mengajar kita perkauman, membunuh, mendera dan pelbagai lagi.
Penghijrahan saya bukannya berdasarkan cinta pada manusia atau kepentingan sendiri tapi cinta pada Allah. Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri.
Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.
Dunia ini sgt bahaya bukan krn keganasan tapi apabila kita hanya melihat tanpa berbuat apa2. Janji saya pada Allah krn merealisasikan syahadah saya ialah utk tazkirah & reach out pada remaja/kanak2…pada yg bukan Islam yg minat Islam dan juga pada semua yg ingin mengenali agama.
Saya dah bermula dengan taklimat tazkirah di institusi pengajian. Saya juga dapat beberapa pengiktirafan dan menang Excellence In Public Relations (Media Relations) oleh Hospitality Asia Awards.
Saya bersyukur krn kali ni bila saya bersahabat saya bersahabat krn Allah. Selepas syahadah, mlm itu saya mimpi satu tangan panjang menghulurkan Quran pada saya lalu mempimpin saya kat satu kawasan.. di mana saya nampak org tengah sedih, gaduh, keluarga pecah belah & ramai remaja yg tak tentu arah, mcm2 lagi. Saya juga nampak Syaitan tgh mengintip saya.
Lalu tangan ini seolah tolak saya menyuruh berjalan dengan Quran ke arah orang-orang itu semua… dan spt anda smua lihat, bermulalah saya aktif berdakwah secara pasif di Facebook dan skrg mula diundang ke institusi Pengajian utk beri tazkirah. Kepada arwah Matthew & nenek, Roselind Chia semoga berada di kalangan org2 beriman… akhirnya segala kesyukuran pada Allah, yg baik dari Allah, yg buruk dari saya.
Pada semua ketua agama, anda diamanatkan utk mengajar dan membawa ke arah kebaikan, anda menjadi idola ramai org… JANGANLAH DISALAH GUNAKAN AMANAT ANDA KRN IA BOLEH MENGHANCURKAN HIDUP INSAN YG LEMAH. HANYA SETITIK NILA BOLEH ROSAK SUSU SEBELANGA.
Saya rindu & cinta keluarga saya yg terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Ibu saya – Filipino Serani, Arwah ayah Portugis Melaka, Arwah Nenek (Belah ibu) – Baba Cina, Sepupu & Saudara Mara – Cina, India, Serani, Eropah.
Di sini juga mulalah out reach & tazkirah saya di institusi pengajian & remaja/bukan Islam & tak dilupa, di jalanan kota raya. Saya juga menjalankan beberapa projek bersama Husain Khalid, terutama dlm membantu keluarga daif dlm memasarkan hasil produk buatan mrk sempena perayaan, misalnya HARI RAYA (keluarga Melayu buat dodol), DEEPAVALI (keluarga India buat murukku), TAHUN BARU CINA (buat kuih Cina, surat cina, bentuk kipas) & dll juga pemasaran produk minuman tropika buah buahan yg dicampur soda iaitu POP THE SODA, bagi membantu anak2 Syurga dan bnyk lagi. Segala kesyukuran pada Allah.
Satu saja saya nak kata mmg ADA WUJUDNYA SYURGA & NERAKA, MALAIKAT & IBLIS…saya sekarang lebih tabah apabila didatangi , iman kita kena kuat.
Yang benar
Adam Warren Fernandez Abdullah
Alhamdulillah kerana tidak mengabaikan petanda dikirim Allah SWT dan berusaha mencari kebenaran, Adam akhirnya menjadi saudara baru pada pada 18 Julai 2014.
Sekali imbas penghijraham Adam kepada agama Islam mungkin tidaklah terlalu rumit melainkan terpaksa menghadapi tentangan keluarga sebagaimana dialami kebanyakan saudara baru yang lain.
Tetapi dugaan Allah SWT buat Adam nyata lebih getir lagi disebabkan kelainan jantinanya.
Apakah masalah dihadapi Adam sebagai khunsa? Ikuti bahagian kedua ekslusif dari Mynewshub selepas ini. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment