Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus) - Aeril Zafrel

Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus) - Aeril Zafrel

PETALING JAYA: Mungkin ada yang menganggap ia sebuah cerita pelik tetapi itulah kenyataannya apabila pelakon Aeril Zafrel mendedahkan dia mempunyai kelebihan luar biasa iaitu boleh melihat makhluk halus.

Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus) - Aeril Zafrel
Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus) - Aeril Zafrel
Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 27, berkata, kebolehan itu diperolehnya selepas ibu-bapa dia meninggal dunia akibat terkena ilmu hitam beberapa tahun lalu.

“Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus). Tetapi saya tidak mahu terlalu banyak menceritakan perkara berkenaan. Takut orang salah tafsir pula.

“Semua itu bermula selepas ibu-bapa saya meninggal dunia kerana buatan orang. Tidak lama selepas itu saya pula yang terkena,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Aeril, dia juga mengambil kesempatan itu mempelajari bidang perubatan tradisional bagi merawat penyakit-penyakit melibatkan makhluk halus.

“Kejadian tersebut membuatkan saya cuba belajar ilmu-ilmu perubatan Islam.

“Tetapi bukan untuk merawat orang pun. Saya belajar agar dapat melindungi keluarga sekiranya ada apa-apa berlaku. Lagipun ia adalah salah satu ilmu pengetahuan yang sata anggap wajib belajar sebagai persediaan,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Aeril bakal muncul menerusi filem CCTV yang ditayangkan bermula Khamis (hari ini).

Melakonkan watak sebagai Hariri, seorang juruteknik televisyen litar tertutup (CCTV), dia menyifatkan karaktor tersebut begitu mencabar apatah lagi ia merupakan filem seram pertama dilakonkannya.

“Mencabarnya filem ini, ia bermainkan emosi dan membuatkan saya rasa lebih penat, berbeza dengan filem genre cinta,” tuturnya.

Diarahkan oleh Devan R, filem tersebut turut dijayakan Hasnul Rahmat, Ardel Aryana dan Asliza Abdullah. Dalam pada itu, Aeril berkongsi pengalaman menyeramkan ketika penggambaran.

“Salah satu babak di hospital, pelakon kanak-kanak yang melakonkan watak hantu itu sepatutnya menakutkan saya, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila dia yang takut dan menangis kerana melihat ‘sesuatu’ di belakang saya.

“Kejadian itu membuatkan penggambaran terpaksa dihentikan sehinggalah pelakon kanak-kanak itu dipujuk semula,” katanya. - sumber NWpost

Post a Comment

Previous Post Next Post