KOTA KINABALU: Pelbagai reaksi berkenaan tragedi bencana gempa bumi di Sabah dapat dilihat di media sosial. Namun, dalam majoriti pengguna Internet menzahirkan rasa duka cita dan simpati, terdapat juga sesetengah pihak yang memuat naik status atau komen yang tidak sensitif pada situasi.
Wajah Sebenar Lelaki Yang Menghina Gempa Bumi di Sabah di Tangkap |
Itulah yang terjadi pada seorang penjawat awam berusia 22 tahun yang kini ditahan kerana mempersenda rakyat Sabah rentetan daripada bencana gempa bumi pada 5 Jun lalu hingga setakat ini mengakibatkan 18 orang maut.
Lelaki tersebut telah memuat naik status: “Kene gempa bumi bru nk kecoh ... Standard la negeri penuh sociality ... pub ... night club trbanyak di malaysia. Nak goyang sgt kan? Tuhan dh bagi goyang tu. Knapa takut plak?” di akaun Facebooknya pada 6 Jun.
Status itu segera dijadikan viral oleh orang ramai yang marah dengan pandangannya dan diikuti dengan tindakan laporan polis.
Ketua Polis Bandaraya ACP M. Chandra berkata lelaki tersebut telah ditangkap pada pukul 9 malam di Indah Permai, Sepanggar kurang dua jam selepas laporan dibuat.
“Kami turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua kad SIM daripada suspek dan mengambil keterangannya untuk menjalankan siasatan,” katanya.
ACP Chandra berkata beliau akan mengemukakan kes itu kepada timbalan pendakwa raya secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
Post a Comment