TUMPAT: Seorang budak lelaki berusia setahun menangis hampir 30 minit di sisi neneknya yang pengsan, selepas motosikal yang mereka tunggangi terbabit kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, tengah hari tadi.
[VIRAL] Kanak-Kanak Berlumuran Darah Menangis 30 minit disisi Nenek Yang Kemalangan |
Difahamkan, ketika kejadian, Faridah yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari rumahnya di Tak Bai untuk menghantar cucunya pulang di Kampung Kedai Buloh
Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, motosikal mereka dikatakan dilanggar sebuah kereta menyebabkan dua beranak itu terjatuh dan Faridah pengsan di lokasi kejadian.
Ibu kepada Mohd Ikram, Nurul Shakila Mahilis, 13, berkata dia hanya mengetahui kejadian menimpa anak serta ibunya kira-kira jam 5 petang selepas dimaklumkan oleh abang iparnya.
"Saya yang terkejut terus bergegas ke hospital. Alhamdulillah, ibu serta anak saya hanya cedera ringan, namun mereka masih dalam keadaan terkejut.
"Mohd Ikram cedera pada kepala dan bahu kiri, manakala ibu saya cedera ringan dan sudah sedarkan diri. Namun ibu masih terkejut dan tidak mampu menceritakan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di hospital, di sini.
Gambar menyayat hati Mohd Ikram dalam keadaan berdarah di kepala, sambil menangis di sisi neneknya mula tersebar di laman sosial sehingga menjadi viral.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Marzuki Mat, ketika dihubungi memaklumkan sehingga jam 7.30 malam tadi, pihaknya tidak menerima laporan polis daripada keluarga mangsa. - metro
Post a Comment