SEORANG budak lelaki telah digilis dan diheret oleh sebuah van ketika cuba melintasi jalan raya di Filipina.
VIDEO: Budak ‘Kebal’ Digilis Van, Bangun Jalan Seperti Biasa |
Rakaman CCTV berjaya merakam detik cemas dan luar biasa budak ‘kebal’ yang dikatakan berusia 6 hingga 7 tahun yang dilanggar lari oleh sebuah van tersebut.
Budak ‘kebal’ itu dibantu oleh seorang warga tua yang turut berada di tempat kejadian dan dibawa ke hospital namun disahkan hanya mengalami kecederaan ringan.
Polis kini masih menyiasat dan memburu pemandu van putih berkenaan kerana melanggar dan tidak menghentikan kenderaannya.
– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment