Video Aksi Atlit Filipina Salah Terjun Curi Perhatian Di Sukan Sea

Video Aksi Atlit Filipina Salah Terjun Curi Perhatian Di Sukan Sea

Persaingan sukan terbesar di Asia Tenggara iaitu Sukan SEA 2015 terus mencuri tumpuan masyarakat yang menyokong pasukan negara masing-masing bagi setiap acara.

Video Aksi Atlit Filipina Salah Terjun Curi Perhatian Di Sukan Sea
Video Aksi Atlit Filipina Salah Terjun Curi Perhatian Di Sukan Sea
Namun, antara puluhan acara yang dipertandingkan di Singapura untuk edisi kali ini, acara terjunan antara yang mendapat perhatian, apatah lagi selepas insiden melucukan berlaku beberapa hari lalu.

Kisahnya, wakil dari Filipina telah melakukan kesilapan teknikal ketika membuat terjunan sehingga menyebabkan kejadian tersebut dijadikan ‘troll’!

Lagi bertambah View blog‘malang’, kesilapan sama turut dilakukan seorang lagi wakil negara sama selepas itu. Alahai…

jHLu3D2

Insiden tersebut berlaku bagi acara papan anjal 3 meter apabila wakil dari Filipina, John Elmerson Fabriga telah melakukan kesilapan pusingan sehingga dia gagal melakukan pendaratan sempurna di dalam air.

Akibatnya, dia kelihatan terhempas di permukaan air dan mengakibatkan percikan kuat terkena para pengadil yang duduk berdekatan.

Tak lama selepas itu, kesilapan hampir sama dilakukan seorang lagi peserta, John David Pahoyo.

Kedua-dua aksi peserta tersebut dapat dilihat pada minit ke 36:08 dan 41:10. Oleh kerana kesilapan tersebut, kedua-duanya gagal meraih sebarang mata bagi pusingan tersebut.

Acara itu dimenangi oleh atlet negara, Ooi Tze Liang setelah mengunggulinya dengan kutipan keseluruhan 473.55 dalam enam terjunan.


– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post