Suami suka seks ganas punca cerai meningkat di Selangor. Faktor penyumbang lain adalah jahil ilmu agama, masalah ekonomi rumah tangga, campur tangan pihak ketiga dan masalah anak.
Suami suka seks ganas punca cerai meningkat di Selangor |
“Jumlah statistik perceraian pada tahun lalu meningkat kepada 6,912 kes berbanding 6,162 kes pada 2013.
“Kes perceraian tertinggi adalah melibatkan pasangan muda berusia 31 hingga 35 tahun dengan 915 kes setakat Mei tahun ini manakala pada 2014, pasangan dalam lingkungan usia tersebut mencatatkan 3,156 kes.
“Jumlah peningkatan ini perlu diberikan perhatian dan usaha membendungnya akan dipertingkatkan termasuk menambah baik modul dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Muzakarah Pendaftar-Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim.
Pada perkembangan berkaitan, jelas Aluwi, isu perkahwinan lain adalah pernikahan di luar negara seperti di selatan Thailand dan Indonesia yang semakin tinggi dalam kalangan penduduk Selangor.
“Antara faktor utama yang menyebabkan pasangan bernikah di sana adalah disebabkan poligami kerana tidak mendapat persetujuan daripada isteri pertama.
“Malah, ada juga yang terlanjur dan tidak mendapat restu keluarga memilih untuk bernikah di selatan Thailand atau Indonesia,” ujarnya.
Menurutnya, jumlah pasangan yang bernikah di luar negara itu semakin meningkat dan mereka hanya mendaftar di negara ini selepas berdepan masalah pendaftaran anak atau beberapa perkara lain.
Dalam pada itu, Aluwi memberitahu, ciri-ciri sesebuah rumah tangga yang bahagia adalah mempunyai isteri atau suami yang soleh. - InfoSemasa
Post a Comment