SENTAP!! ASTRO Bodoh Boleh Berhenti Kacau Orang Tak?

SENTAP!! ASTRO Bodoh Boleh Berhenti Kacau Orang Tak?

Nak buat satu permohonan kepada ASTRO dan kalau boleh kepada kementerian-kementerian berkenaan seperti yang berkaitan dengan pengguna dan komunikasi serta Polis DiRaja Malaysia.

SENTAP!! ASTRO Bodoh Boleh Berhenti Kacau Orang Tak?
SENTAP!! ASTRO Bodoh Boleh Berhenti Kacau Orang Tak?
Ini berkaitan sikap tamak cari pelanggan ASTRO yang sudah masuk peringkat menyusahkan jiwa orang ramai.
Salah satu taktik ASTRO sekarang ialah menawarkan pemasangan ASTRO Njoi pada harga yang rendah.

Lepas pasang, dalam sebulan, sales team ASTRO macam kena sawan babi akan menelefon setiap hari menawarkan pakej-pakej dan promosi baru kononnya.

Setiap orang yang ditelefon akan dipancing dengan baris ayat paria “encik terpilih untuk promosi…”.

Semua orang terpilih sahaja sepanjang masa untuk naik taraf dari pakej percuma kepada pakej berbayar untuk program yang hakikatnya diulang tayang beratus kali.

Dah cakap tak berminat dan jangan call… nanti kalau macha dah call…lepas tu ada achee pulak akan call…cakap tak nak..lusa entah mamat kampung Pisang mana lak akan telefon lagi.

Jenuh cakap tak mahu…siap dah masuk peringkat maki hamun…last mamat akan tanya: “So encik tak mahu”.
Lepas tu call jugak…bodoh ke kau ni ASTRO?

Ini dah masuk peringkat mengganggu privasi dan ketenteraman pelanggan.
Rasanya ramai yang dah jadi mangsa ni.

ASTRO mewujudkan suasana menekan perasaan orang sampai surrender dan terpaksa ambil pakej yang ditawarkan.

Bodoh bangsat ASTRO ni, kalau orang nak pakej berbayar, dah tentu orang akan ambik yang berbayar la dari mula.

Orang ambik Njoi kerana kononnya dijanji tak perlu bayar lagi seumur hidup untuk beberapa rangkaian tertentu.

Janganlah over sangat ASTRO. Tahulah kementerian-kementerian berkenaan pun takkan melakukan apa-apa.

Namun, kalau beribu pelanggan mula tampil buat laporan polis menggtakan hidup mereka diganggu sales team ASTRO, maka mahu tak mahu semua pihak terpaksa jugak bertindak kan.

Tolong hormat la pelanggan anda. Dah la semua program di semua rangkaian diulang berkali-kali sampai rasa rugi langgan ASTRO, sekarang sales team pulak duk kejar siang malam macam kena penyakit otak.

Kalau ASTRO dan kementerian berkenaan buat bodoh, maka perkara ini mungkin perlu dibawa kepada pihak pembangkang aje untuk disuarakan di Parlimen.-Mynewshub.cc

Post a Comment

Previous Post Next Post