Semua tahu akan krisis rumah tangga yang menimpa vokalis Wings, Awie dan pasangan, Rozana Misbun.
Selagi Tak Pulangkan Duit, Awie Tak Akan Lepaskan Rozana |
Satu persatu tuduhan dibuat Awie dan Rozana terhadap satu sama lain, baik ketika perbicaraan mahupun melalui saluran media.
Disogok dengan soalan tentang keengganannya menceraikan Rozana sehingga kini, Awie memiliki sebab kenapa dia berbuat demikian.
Memetik kenyataannya dalam portal Murai, Awie berkata, dia tidak akan melepaskan Rozana selagi wanita itu tidak memulangkan wang dan harta yang dicuri daripada anak-anaknya.
Awie dan Rozana Misbun hadir di Mahkamah Majistret untuk perbicaraan kes dakwaan dicederakan suaminya hari ini. - Foto BERNAMA
“Saya boleh lepaskan dia, mudah sahaja. Dia harus pulangkan dulu harta dan duit milik anak-anak saya. Jangan bawa lari duit tersebut.
“Dia berjanji mahu pulangkan duit tersebut. Saya enggan lepaskan dia selagi dia tidak berbuat perkara yang saya minta itu.”
Sementara itu, Awie turut bercerita tentang penemuan barang khurafat milik Rozana di dalam bantal tidurnya, baru baru ini.
Ujarnya, “Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu.
“Saya memang tidak akan memaafkan beliau kerana menggunakan perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang lain.”
Oleh itu, Awie kini bercadang untuk berpindah dari rumahnya itu yang terletak di Ukay Bestari, Ampang dan sedang dalam proses berbuat demikian.
Sebelum ini, tonggak utama filem Sembilu itu turut mendedahkan pelbagai jenis bahan karut dan tahyul yang dijumpainya di serata rumahnya, seperti darah, rambut, tulang, patung kemaluan lelaki yang diperbuat dari emas serta patung logam Buddha.
– MYNEWSHUB.CC
Isteri Dakwa Patah Tulang Rusuk Dibelasah Awie
Post a Comment