Bukan nak mencari salah suami, bukan nak mencanang keburukan suami. Tetapi inilah yang telah terjadi. Bila anda baca, mungkin rasa seperti Cerekarama atau drama di televisyen. Tetapi sekali lagi nak ditekankan, ini yang telah terjadi.
'Nadrah, Maafkan Ibu, Ibu Tak Mampu Panggil Namamu' |
November 2005, special boyfriend aku ajak berkahwin. Namun, mak dan ayah aku suruh kami bertunang terlebih dahulu.
Selama tempoh pertunangan kami, Alwi masih setia menjadi sahabat aku.
Mac 2006, beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung, tunang aku kemalangan dan terlantar di ICU selama dua bulan.
Dia lumpuh dan aku pada masa itu sudah tekad mahukan mak dan ayah menikahkan aku dengan dia supaya aku dapat menjaganya. Malangnya, cadangan aku ditolak oleh bakal mak dan ayah mertua aku. Mereka tak mahu aku terseksa sebab doktor dah maklumkan bahawa tunang aku akan lumpuh dan mungkin tiada harapan.
Hampir tiga bulan, Allah lebih sayangkan dia. (Al-fatihah buat Raden Fakri)
Alwi yang masih setia menjadi sahabat aku. Sentiasa ada di sisi memberi aku semangat agar aku terus kuat setelah kehilangan satu-satunya lelaki yang aku cintai.
Mac 2011, genap lima tahun tunang aku pergi. Aku masih single, sangat sibuk dengan exam, study dan Alhamdulillah dah kerja dengan kerjaya yang bagus. Keluarga dan kawan-kawan selalu bising suruh aku bukakan hati semula untuk menerima lelaki lain.
Bukan nak cakap besar, tetapi dah lebih 10 orang lelaki yang cuba kenal, cuba berkawan dan nak rapat dengan aku but it's about feeling. Aku tak boleh paksa dan Alwi masih setia menjadi sahabat aku.
Oktober 2011, setelah sekian lama hanya berhubung melalui telefon dan Skype, aku sudah bersedia berjumpa dengan Alwi. Alwi tetap seperti dulu, masih setia menjadi sahabat aku yang baik, memahami, menerima aku seadanya dan yang paling aku sebak, dia melamar aku.
Rupanya selama ini Alwi masih setia dengan perasaan dia. Masih suka dan sayang aku dalam diam.
Ye, aku sayang Alwi tetapi bukan cinta. Aku minta masa dengan Alwi, masih setia menjadi sahabat aku.
Puas aku buat istikharah, cukup banyak aku buat solat hajat meminta petunjuk dari Nya. Tetapi aku tak dapat apa-apa perasaan. Mak pula memujuk aku supaya terima Alwi dan mungkin siapa tahu selepas kami kahwin, perasaan cinta akan datang?
Jadi aku nekad, aku terima Alwi.
Jun 2012, majlis perkahwinan kami diraikan dengan besar-besaran atas permintaan mak dan ayah Alwi sebab Alwi anak tunggal lelaki mereka.
And yes, aku bersyukur berkahwin dengan dia. Lelaki yang setia tunggu aku, lelaki yang betul-betul buktikan kasih sayang dia terhadap aku. Mak dan ayah mertua aku pun terlalu baik dan manjakan aku.
Mac 2014, hampir dua tahu berkahwin, aku baru disahkan mengandung dan selama itu Alwi sabar menunggu dan kasih sayang dia masih seperti dulu. Malah lebih lagi. Alwi masih setia menjadi sahabat, teman dan suami yang terbaik untuk aku.
Oktober 2014, aku selamat melahirkan anak perempuan untuk Alwi. Anak tanda cinta kami. Ye, cinta. Selepas kahwin aku dah jatuh cinta dengan Alwi. Sahabat dan suami aku.
Alwi beritahu aku yang dia sudah ada nama untuk anak kami dan aku dengan rela setuju walapun aku dah ada nama yang aku pilih sendiri.
Nadrah Aina, itu nama yang dipilih. Kami juga buat keputusan untuk panggil Nadrah sebagai nama timangan anak kami.
Alhamdulillah, aku semakin bahagia dengan hidup bersama orang yang aku cinta. Alwi dan Nadrah.
Mac 2015, Alwi terlelap depan televisyen dengan Nadrah. Aku tergerak hati nak buka telefon Alwi. Bukan sebab nak check WhatsApp, call etc, sebab aku percayakan Alwi. Tak pernah sedikit pun aku pernah curiga pada dia. Tak pernah!
Aku buka telefon Alwi sebab nak tengok gambar Nadrah yang dia rakam semalam semasa kami pergi kenduri. Masa itu, telefon aku kehabisan bateri. Tetapi Allah nak tunjuk, dah sampai masa untuk aku sedar, tiada hubungan yang kekal, tiada hubung yang bahagia sentiasa. Aku terjumpa gambar perempuan lain dalam telefon Alwi. Gambar perempuan tengah cium pipi dia atas katil (mungkin di hotel).
Allah, tangan aku mengigil, dada rasa macam nak pecah. Air mata marah, geram, sedih semua bercampur. Aku tarik nafas, aku istigfar, aku mengucap, aku cuba tenang. Aku cari contact number yang aku curigta, tetapi lagi sekali Allah nak bantu aku dengan mudah, aku jumpa satu nama 'Nadzri'. Tetapi di WhatsApp profile photo, gambar perempuan itu!
Esoknya aku mesej Nadri nak jumpa. Aku cakap aku isteri Alwi. Pada mulanya dia langsung tak mahu berkerjasama. Tetapi aku ugut, kalau dia beritahu Alwi yang aku call dia dan kalau dia tak nak jumpa aku juga, aku akan sebarkan gambar dia atas katil dengan Alwi dan terus dia setuju. Padahal aku tak ada pun gambar yang dimaksudkan.
Bila berjumpa, dia mengaku sudah lama kenal dengan Alwi semenjak Januari 2014. Bermakna, dua bulan sebelum aku disahkan mengandung. Dia tahu Alwi sudah ada isteri dan pada awalnya, Alwi hanya mahu berkawan dengan dia tetapi dia tidak dapat elak bila dah terlanjur sayang pada Alwi.
Masa itu, aku rasa semua itu mengarut!
Kau boleh elakkan perempuan! Boleh sebenarnya! Tetapi kau pilih untuk terima salam perkenalan Alwi itu! And surprisingly konon awalnya nak berkawan tetapi selepas empat bulan kenal, dia dah terlanjur dengan Alwi. Ye! Dah terlanjur! Maknanya dah tidur sama!
Allah, aku cuba kuatkan hati ini. Perlahan-lahan aku redha.
Malam itu juga aku berdepan dengan Alwi. Aku ugut dia untuk tinggalkan dia dan dia tidak akan jumpa Nadrah sampai bila-bila. Aku desak dia untuk beritahu aku kenapa dia buat aku macam ini.
Dan akhirnya, Alwi mengaku dia perlukan zuriat. Dia mahukan anak tetapi tak sangka bila dia dah mula sayangkan perempuan itu, aku disahkan mengandung. Dia cuba tinggalkan perempuan itu tetapi dia tidak mampu. Dia tidak sangka aku tahu sebab selama ini aku tak pernah ambil tahu mana dia pergi, apa yang dia buat even buka telefon dia. Ini yang dia balas atas kepercayaan aku.
Dah dua minggu aku silent treatment Alwi. Setiap hari dia merayu, meminta aku mengampunkan dosa dia, minta aku maafkan dia. Setiap hari juga aku memohon kepada Allah bagi aku petunjuk, mohon Allah lembutkan hati aku kalau jodoh aku dengan Alwi dapat diselamatkan. Allah Maha mengetahui, Allah nak aku kuat, nak aku tekad untuk tidak kembali kepada Alwi.
17 April 2015, pagi itu bila aku sudah bersedia untuk memaafkan Alwi, perempuan itu call aku. Dia merayu supaya aku izinkan Alwi kahwin dengan dia. Pada mulanya aku cuba pertahankan perkahwinan kami. Aku marah perempuan itu tetapi bila dia sebut,
"Akak, saya Nadrah Aina bersumpah tidak akan menuntut hak sebagai isteri kedua asalkan akak izinkan Alwi berkahwin dengan saya!"
Aku istigfar, aku minta dia ulang balik apa yang dia cakap. Aku tak silap dengar. Ye, baru aku tahu nama perempuan simpanan Alwi, Nadrah Aina! Nama anak perempuan kami yang Alwi sendiri daftarkan!
Suami yang aku cinta, hilangkah kepercayaan yang aku beri. Sanggup bahagi perasaan sayang pada perempuan lain. Hanya kerana aku lambat mengadungkan anak dia? Hanya kerana aku bagi kepercayaan 100% kepada dia?
Paling aku tak sangka dia sanggup bagi nama perempuan simpanan dia untuk nama anak kami? Anak tanda cinta kami? Cinta yang dia harapkan dari aku bertahun-tahun lamanya?
Ya Allah..
Dengan ini aku sedar, perkahwinan tak cukup dengan rasa cinta semata-mata. Tak boleh bagi kepercayaan 100%. Tak boleh sedikit pun alpa dengan perasaan suami.
Hari ini aku tak mampu panggil nama anak aku, darah daging aku sendiri dengan nama perempuan simpanan suami aku sendiri.
THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment