‘Saya Antara Orang Paling Gembira Bila Ringgit Jatuh’ – Nazri Aziz

‘Saya Antara Orang Paling Gembira Bila Ringgit Jatuh’ – Nazri Aziz

DALAM kegusaran ramai terhadap kemerosotan nilai ringgit Malaysia, lain pula pandangan yang diutarakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila menyatakan beliau antara individu paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.

‘Saya Antara Orang Paling Gembira Bila Ringgit Jatuh’ – Nazri Aziz
‘Saya Antara Orang Paling Gembira Bila Ringgit Jatuh’ – Nazri Aziz
Jelasnya, apabila nilai wang ringgit jatuh membuatkan pelancong-pelancong daripada negara yang mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi seperti United Kingdom dan Eropah akan berbelanja lebih banyak kerana nilai pertukaran yang tinggi.

“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh.

“Pelancong-pelancong tersebut akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, Nazri berpendapat kejatuhan ringgit juga sekali gus menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain terutama negara seperti UK.

“Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira,” katanya.

Pada masa yang sama, Nazri menjangkakan sektor pelancongan tempatan akan menyaksikan penambahbaikan yang banyak dalam beberapa bulan.

Baru-baru ini, nilai mata wang ringgit menyaksikan lagi kejatuhan apabila ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika pada Isnin lalu.

Ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post