Kasih bapa tiada ternilai. Begitulah ketabahan seorang ayah tunggal yang sanggup mengenepikan kecacatan dialami demi menghantar dan mengambil tiga anak perempuan di sekolah setiap hari dengan menggunakan kerusi roda elektrik bagi memastikan insan tersayang itu selamat pergi dan balik.
Sadis!!..Bapa Yang Cacat Sanggup Berpanas Hujan Demi Anak |
dengar lagu ini ketika membaca artikel.
Menurutnya, walaupun sedar bahaya menanti, namun ia tidak dapat menafikan kasih sayang seorang bapa selain mahu memastikan dia sendiri menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya tanpa memerlukan bantuan orang lain meskipun terpaksa berpanas atau berhujan.
“Saya tidak mampu memberi kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 1.30 petang.
“Tiga anak perempuan akan dibawa menaiki kerusi roda dengan dua daripadanya duduk di atas riba, manakala seorang lagi berpaut pada besi belakang.
Post a Comment