Mamat Exist Mengaku Salah Ambil Dadah, Didenda RM4,000 Serta Pengawasan Polis 3 Tahun

Mamat Exist Mengaku Salah Ambil Dadah, Didenda RM4,000 Serta Pengawasan Polis 3 Tahun

Sepandai-pandai tupai melompat, akhir jatuh ke tanah jua. Sukar untuk melepaskan belenggu ketagihan dadah. Sekali dah pekena, memang payah nak bersihkan diri kita daripadanya.

Mamat Exist Mengaku Salah Ambil Dadah, Didenda RM4,000 Serta Pengawasan Polis 3 Tahun
Mamat Exist Mengaku Salah Ambil Dadah, Didenda RM4,000 Serta Pengawasan Polis 3 Tahun
Ditangkap pada bulan Mac yang lalu, bekas penyanyi kumpulan Exist iaitu Mamat mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 37, turut dikenakan denda sebanyak RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda. Majistret Noor Farah Hazwani Osman pada Selasa turut memerintahkan penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu itu berada dalam pengawasan polis selama tiga tahun.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini pada pukul 11 malam 26 Mac lalu. Penyanyi itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Sebelum ini Mamat Exist bakal meringkuk di dalam penjara selama 8 bulan selepas tidak mampu membayar denda RM4,500 selepas didapati bersalah atas dakwaan penggunaan dadah jenis Amphetamines ke dalam badan pada 19 Disember 2013.

Mamat kembali mencipta nama selepas mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan Gegar Vaganza. Namun begitu, pengurus Mamat yang bernama Mie Kuarters mendakwa penyanyi itu gelap mata akibat mempunyai wang yang banyak selepas pertandingan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post