SELANGOR - Tangan seorang kanak-kanak hancur berkecai akibat bermain mercun di halaman rumahnya pada malam semalam.
Telapak Tangan Budak Berkecai Akibat Main Mercun ‘A Boom’ |
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Mutiara, Tanjong Sepat itu, tangan mangsa berumur 4 tahun itu hancur kerana bermain mercun A Boom bersama rakan-rakannya di halaman rumah selepas waktu berbuka.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada jari jemari tangan sebelah kiri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjong Sepat sebelum dirujuk ke Hospital Daerah Banting.
Difahamkan, mangsa kini berada di Hospital Kelang untuk rawatan lanjut.
Ibu bapa dinasihatkan tidak membenarkan anak-anak kecil bermain mercun tanpa sebarang pengawasan orang dewasa.
Kejadian yang menimpa kanak-kanak yang berusia 4 tahun ini merupakan kes pertama yang melibatkan mercun pada bulan ramadan tahun ini. - THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment