'Kita perlu tahu dulu kemampuan sendiri. Kategori miskin rakyat kita kena bantu dahulu'

'Kita perlu tahu dulu kemampuan sendiri. Kategori miskin rakyat kita kena bantu dahulu'

Kuala Lumpur: Menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pihak yang terdesak dan tertindas adalah wajib hukumnya dalam Islam kepada pihak yang berkemampuan.

'Kita perlu tahu dulu kemampuan sendiri. Kategori miskin rakyat kita kena bantu dahulu'
'Kita perlu tahu dulu kemampuan sendiri. Kategori miskin rakyat kita kena bantu dahulu'
Mengulas isu pelarian etnik Rohingya yang menuju negara ini sebagai destinasi mendapatkan perlindungan, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, pelarian Rohingya itu jelas memerlukan bantuan untuk hidup.

Beliau berkata, prinsip dan matlamat maqasid syariah berkenaan kemanusiaan dalam Islam adalah menyelamatkan nyawa, memberikan bantuan perubatan serta perlindungan mengikut kemampuan negara.

“Namun, kita perlu tahu dulu kemampuan sendiri. Kategori miskin rakyat kita kena bantu dahulu, sekiranya dalam pemberian zakat orang kita tak terima zakat, kita kena bagi hak orang miskin asnaf kita dahulu.

“Terpulang kepada pemerintah (kerajaan) sama ada bantuan yang dihulurkan kepada pelarian itu membebankan atau tidak.

“Kita juga perlu memberi keutamaan kepada keselamatan negara terutamanya rakyat sendiri, namun membantu golongan yang teraniaya wajib di sisi Islam,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, di sini, semalam.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post