KISAH BENAR JUTAWAN THAILAND MUFLIS 1997 KEMBALI BANGKIT
Disini saya ingin berkongsi salah satu kisah ISPIRASI kejayaan seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali.
Kisah Benar Dan Inspirasi Bagaimana Seorang Jutawan Thailand Jatuh Muflis Dan Bangkit Dengan Hanya Menjual Sandwich |
Bangunan Kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebab dia gagal membayar balik pinjaman bank. Disamping itu juga bagaimana seorangn jutawan berhadapan dengan pekerja kira-kira 40 orang. Beliau juga terpaksa menanggung pembelajaran 3 orang anaknya di England dan New Zealand.
Seorang jutawan, kini bergelar penjual sandwich dijalanan.
Walaupun sudah diistihar muflis menanggung beban hutang yang besar, beliau terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki keadaan dan tabah untuk membina kembali empayar bisnes yang sudah lenyap. Perkara yang paling gigih dilaku dengan menjual sandwich dijalanan. Makanan yang dibawa dengan berjalan kaki seberat 2 kilo dibahu. Bayangkan seorang bekas jutawan melakukan kerja bergitu.
Pada hari pertama pernigaan sandwich memperolehi keuntungan sebanyak 14 dollar hanya 6 kotak sahaja yang terjual. Lebihan sandwich tersebut pula disumbangkan kepada badan kebajikan. Beliau tidak menjualnya kembali, keesokan beliau mencuba kembali dan apa yang pasti makan yang dijual mestilah segar dan bermutu. Saban hari peniagaan semakin maju dengan sikap ketekunan beliau.
Isteri Sirivat bukan seorang tukang masak, apa yang dihasilkan adalah dari usaha yang gigih untuk memastikan apa yang dihasilkan adalah yang terbaik. Usaha keras Sirivat menjadi pendorong pengusaha lain untuk berkerjasama dengan beliau dan Sirivat dapat mengetuai penjual-penjual sandwich jalanan di Kota Bangkok. Di sini juga Sirivat telah mengambil pekerja jalanan tersebut untuk berkerja dengan beliau dan menjadi pekerja mahir dalam pembuatan sandwich.
Di Samping itu dia juga mengambil pekerja lamanya untuk sama-sama berniaga. Apa yang paling menyedihkan, kenalan yang sama-sama kaya dahulu hanya membunyikan hon kereta. Terlintas dalam fikirannya " kenapa kawan tidak beli Sandwich aku sedangkan mereka tahu bahawa sekarang aku susah? Pernah juga dia dihalang untuk berniaga kerana berniaga dikawasan larangan.
Namun Sarivat tidak pernah putus harapan. Segala halangan yang dihadapi menjadi semangat yang untuk terus berjaya. Ada yang mengatakan menjual sandwich adalah perniagaan yang sukar memperolehi keuntungan kerana rata rakyat Thai perlu nasi sebagai makanan harian mereka.Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.
14 tahun KINI !!!!
Kini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.
Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi seorang penceramah (speaker) jemputan yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.
Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap,
‘ Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah, bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong" .KEKUATAN SAYA ADA DI DALAM DIRI IATU SEMANGAT JUANG YANG TINGGI.” Jawab beliau
Post a Comment