Kerana Terkenang Arwah Isteri, Warga Emas Rela Hidup Gelandangan

Kerana Terkenang Arwah Isteri, Warga Emas Rela Hidup Gelandangan

“Bukan tak ada rumah… Rumah memang ada di Gombak, tapi pakcik tak sanggup balik sebab terkenang arwah isteri. Anak-anak pula ada di luar negara,” demikian cerita seorang daripada ratusan gelandangan yang ‘mendiami’ kaki lima kedai di ibu negara.

Kerana Terkenang Arwah Isteri, Warga Emas Rela Hidup Gelandangan
Kerana Terkenang Arwah Isteri, Warga Emas Rela Hidup Gelandangan
Bekas pemandu lori, Ahmad (bukan nama sebenar), 72, menjadikan kaki lima sebuah pusat beli-belah di ibu kota Kuala Lumpur sebagai rumahnya pada waktu siang dan pulang ke pusat simpanan barang kes di sebuah balai polis berhampiran sebagai tempat berteduhnya pada waktu malam.

Lapan tahun menjalani rutin sama setiap hari, Ahmad berkata, itu adalah takdir ALLAH kepadanya.

“Dua anak pakcik yang tinggal di luar negara tak mahu balik. Pakcik dah tak ada sesiapa di sini. Sebab tu pakcik pilih tinggal di kaki lima sambil cari rezeki dengan tulis ayat-ayat suci al-Quran.

“Anak-anak tahu (tinggal bergelandangan), mereka juga ada bagi duit. Kiranya dua tiga bulan memang tak habis makan, tapi sebab sunyi pakcik pilih duduk di luar,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, dia pada awalnya tidak dapat menerima kenyataan apabila isteri tercinta meninggalkannya akibat kanser rahim belasan tahun lalu.

Lebih memilukan, dia hanya mengetahui perkara itu ketika isterinya menderita penyakit itu di peringkat akhir.

“Tak apalah, kalau pakcik meninggal dunia, Wisma Putra akan maklumkan kepada anak-anak pakcik. Pakcik memang tak sanggup nak balik rumah,” katanya sayu. - SinarHarian

Post a Comment

Previous Post Next Post