Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi khutbah Jumaat kelmarin menyeru umat Islam khususnya di Malaysia memboikot rancangan realiti televisyen yang melalaikan dan tidak mematuhi syariat agama Islam.
![]() |
| JAWI Gesa Umat Islam Boikot Program Hiburan Realiti TV |
“Rancangan realiti membawa anasir negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat, lelaki berpakaian wanita dan sebagainya.
“Malah, ada rancangan tersebut berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, namimah atau melaga-lagakan sesama artis, membuka aib artis dan sebagainya.
“Mari kita boikot rancangan tersebut,” ujar kandungan khutbah tersebut.
Pada masa yang sama, JAWI mengesa semua ibu bapa agar mengawal anak-anak muda yang meminati hiburan melalaikan dan memupuk anak-anak agar meminati hiburan yang berteraskan syariat Islam. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment