SETELAH seminggu berlalu, aktres popular Tasha Shila akhirnya mengakui telah membuat laporan polis berkaitan kontroversi gambar separuh bogel yang didakwa miliknya.
Isu Gambar Separuh Bogel: Tasha Shila Dah Buat Laporan Polis |
Namun demikian, Tasha dikatakan menolak untuk memberi komen lanjut tentang perkara berkenaan dan hanya menjawab ‘betul’ (tentang laporan polis).
Berani kerana benar, takut kerana salah! Nampaknya, tindakan Tasha itu menunjukkan yang dia bangkit untuk menghakis persepsi buruk masyarakat terhadapnya.
Beberapa hari lalu, seorang peminat pelakon drama Nasuha itu melaporkan bahawa dia ternampak kelibat Tasha bersama ahli keluarganya dan peguam sedang membuat laporan polis.
Menurut individu tersebut, Tasha dikatakan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan foto tersebut kerana sengaja melakukan suntingan wajahnya.
Sabarlah Tasha. Kalau tak bersalah, kebenaran pasti akan muncul jua suatu hari nanti.
– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment