Gimnas Malaysia Dikritik Sengaja Pamer Lurah Faraj?

Gimnas Malaysia Dikritik Sengaja Pamer Lurah Faraj?

KUALA LUMPUR — Seorang atlet gimnas Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi teruk dikritik masyarakat Islam gara-gara mendedahkan aurat menunjukkan lurah faraj setelah menang pingat emas pada Sukan SEA di Singapura.

Gimnas Malaysia Dikritik Sengaja Pamer Lurah Faraj?
Gimnas Malaysia Dikritik Sengaja Pamer Lurah Faraj?
Beberapa pengguna media sosial tempatan menyelar wanita berusia 21 tahun itu selepas memuat naik gambar dirinya menerusi laman Facebook Buletin TV3 dengan penampilan pakaian ketat gimnastik pada Rabu lalu.

“Walaupun dia sudah meninggal dunia, orang di luar termasuk bukan muhrim tetap dapat melihat bentuk faraj dan aurat atlet pemenang pingat emas ini,” tulis seorang pengguna yang bernama Muhammad Nur Salam.

Seorang lagi yang dikenali sebagai Amir Muhd berkata: “Lebih baik awak bertelanjang sahajalah… biar semua orang berpuas hati dapat tengok” manakala seorang pengguna berkata, pakaian Farah Ann amat teruk.

“Ini hanyalah keseronokan sementara di dunia… namun di akhirat kelak, terimalah azab yang tidak terkira sakitnya daripada Allah SWT berbanding nilai pingat emas yang dimenangi itu,” komen Addieputra Jentayu.



Pada umumnya, lelaki dan wanita Muslim dilarang mendedahkan aurat secara terbuka di khalayak awam tetapi kebanyakan kritikan lebih cenderung kepada golongan Hawa, lapor portal berita MalayMail Online.

Seorang pengguna Facebook yang mendakwa sebagai Muslimah, Dina Nida bagaimanapun mempertahankan penampilan seksi oleh ahli gimnas negara tersebut pada temasya dwitahunan terbesar rantau Asia tenggara itu.

“Amat jijik membaca komen kononnya warak daripada pengguna yang perasan mereka bakal ahli syurga… pedulikanlah mereka itu. Syabas Farah Ann, ia bukan mudah meraih pingat emas untuk Malaysia,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna bernama Siti Kasim juga mengucapkan tahniah kepada atlet muda itu dan berkata: “Biarkanlah yang tak fikir di luar kemampuan otak mereka! Teruskan usaha! Kami bangga dengan anda!”

Farah Ann dilaporkan berjaya muncul sebagai juara mengatasi pesera Indonesia dan Vietnam, selain menggondol tiga pingat gangsa dan satu perak menerusi beberapa lagi acara individu. — Agensi/Mynewshub.cc/H.A.A

Post a Comment

Previous Post Next Post