SUDAH acap kali kita dengar kes yang melibatkan anak menjadi tempat melepaskan amarah kerana masalah rumah tangga yang dihadapi.
GILA!! Ibu Tekap Seterika Pada Perut Anak Di Sarawak |
Akibat kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 10 tahun melecur kira-kira 30 peratus di perut dan menerima rawatan di Hospital Mukah.
Menurut seorang sumber, ketika kejadian, suspek yang bertelagah dengan suaminya gagal mengawal perasan dan menjadikan kanak-kanak malang itu sebagai tempat melepaskan geram.
“Kebetulan, ketika pasangan itu bergaduh, kanak-kanak berkenaan berada di ruang tamu menyaksikan pergaduhan kedua ibu bapanya.
“Kebetulan ketika bertikam lidah, wanita terbabit yang sedang menggosok pakaian dengan seterika kemudian menekap seterika panas itu di perut anaknya sebelum keluar meninggalkan rumah,” katanya.
Jelasnya, kejadian disedari bapanya selepas kanak-kanak itu menjerit dan menangis kesakitan.
Susulan itu, suspek yang merupakan warga Indonesia berjaya ditahan di rumahnya dua jam selepas kejadian.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 20. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment