Gambar Paling Cute Untuk Ramadan Tahun Ini

Gambar Paling Cute Untuk Ramadan Tahun Ini

MARHABAN Ya Ramadan, bulan yang sangat mulia dan dipenuhi dengan keberkatan.Selain berpuasa, Ramadan memberi peluang kepada umat Islam menunaikan solat sunat Terawih.

Gambar Paling Cute Untuk Ramadan Tahun Ini
Gambar Paling Cute Untuk Ramadan Tahun Ini
Tidak terkecuali gambar seorang kanak-kanak yang berterawih sambil membawa bersama patung ‘Ultraman’-nya.

Gambar berkenaan yang memaparkan Ultraman berada dalam kedudukan sedang bertakbir menarik perhatian ramai pengguna Facebook yang geli hati dengan telatah comel kanak-kanak itu.

“Asalkan dia nak solat kalau ada Ultraman di sebelah dia, ok, biarkan sahaja,” tulis pengguna Facebook Ikram Akmal.

“Sambil adik ni terawih, sambil dia tgk Ultraman dia tu masih ada ke tidak di sebelahnya bimbang dicuri orang,” tulis Zul Ikhtiar.

Malah ada yang berkongsi pengaman yang sama dengan peristiwa yang pernah dialami mereka.

“Anak saya pun minat sangat dengan Ultraman, tapi dia mahu yang ada bunyi.. semalam ketika semua jemaah sedang khusyuk berterawih, tiba-tiba Ultraman dia berbunyi.. sampai tergelak-gelak makcik sebelah saya ketawa, hasilnya terawih perlu dimulakan kembali,” tulis Siti Aishah Hanifah.

Gambar berkenaan telah diberikan jolokan “gambar paling cute bulan Ramadan” oleh pengguna media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post