Bangunan Pasaraya Mydin Runtuh Dua Maut, Tiga Parah

Bangunan Pasaraya Mydin Runtuh Dua Maut, Tiga Parah

Bernama melaporkan dua orang maut manakala tiga lagi tercedera apabila tempat letak kereta sebuah pasaraya dalam pembinaan di Pulau Sebang, Alor Gajah runtuh 2 petang tadi

Bangunan Pasaraya Mydin Runtuh Dua Maut, Tiga Parah
Bangunan Pasaraya Mydin Runtuh Dua Maut, Tiga Parah 
ALOR GAJAH: Sebuah pasaraya tiba-tiba runtuh di Pulau Sebang di sini melibatkan 15 orang pekerja buruh.

Sekurang-kurangnya 8 orang terperangkap apabila bangunan pasaraya Mydin runtuh dalam kejadian 2.16 petang tadi.

Bernama melaporkan dua orang maut manakala tiga lagi tercedera apabila tempat letak kereta sebuah pasaraya dalam pembinaan di Pulau Sebang, Alor Gajah runtuh 2 petang tadi.




Dua mangsa berjaya dikesan tetapi masih belum ditemu manakala tiga mangsa dikhuatiri masih terperangkap.

Kesemua mangsa adalah pekerja binaan bangunan terbabit.

Kerja-kerja menyelamat melibatkan 78 anggota bomba dengan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Kubu, Masjid Tanah dan Bukit Katil.

Turut terlibat 21 pegawai dan anggota polis Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Jabatan Kesihatan.

Post a Comment

Previous Post Next Post