Dua Ditangkap Kes Pukul Perempuan Bertudung Di London

Dua Ditangkap Kes Pukul Perempuan Bertudung Di London

Sekumpulan wanita di London didakwa bertindak ganas apabila tidak semena-mena mendera, menumbuk dan menendang seorang wanita Islam hanya kerana mangsa dipercayai bertudung dalam satu serangan bersifat perkauman, lapor DNA.

Dua Ditangkap Kes Pukul Perempuan Bertudung Di London
Dua Ditangkap Kes Pukul Perempuan Bertudung Di London
Polis kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu dimana sekumpulan wanita didakwa membuli seorang wanita Islam bertudung ketika mangsa dalam perjalanan untuk menjemput anak-anaknya dari sekolah Al-Khair di selatan London.

Mangsa yang tidak mahu mendedahkan identitinya berkata dia ketika itu sedang berjalan kaki ke sekolah anaknya sebelum beberapa wanita mula "menjerit dan mengejeknya".

Difahamkan, pada mulanya mereka membuli wanita tersebut dengan melemparkan beberapa soalan bersifat ‘ perkauman’ sebelum bertindak menanggalkan tudungnya.

"Mereka membuka tudung saya dan mula menumbuk dan menendang saya.

“Mereka juga begitu bersifat perkauman sehingga menggunakan kata-kata berbaur menghina Islam," katanya dipetik dari DNA.

Menurut pihak polis, serangan yang berlaku di Derby Road, berhampiran Croydon itu dihentikan selepas orang ramai mula bercampur tangan untuk menyelamatkan mangsa.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari lokasi kejadian dan sejurus sejurus tiba, dua pembuli perempuan yang berumur 18 dan 35 tahun itu berjaya ditahan atas dakwaan menganggu ketenteraman awam.

Bagaimanapun, dua suspek itu telah diikat jamin selepas beberapa jam ditahan oleh pihak polis dan kes ini masih disiasat dibawah Seksyen 5 Akta Ketenteraman Awam 1986.

Dalam perkembangan sama, isu perkauman ini telah mengundang reaksi negatif daripada pelbagai pihak di media sosial.

Sementara itu, polis memaklumkan mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk. - lorongbelakang

Post a Comment

Previous Post Next Post