Kisah Sebenar Pakcik 'Winnie The Pooh' Yang Pasti Buatkan Anda Ternganga Mulut

Kisah Sebenar Pakcik 'Winnie The Pooh' Yang Pasti Buatkan Anda Ternganga Mulut

SEBELUM ini, kisah seorang lelaki warga emas yang menjadi pengemis dengan mengenakan kostum Winnie The Pooh telah pun menjadi viral di media Indonesia.

Kisah Sebenar Pakcik 'Winnie The Pooh' Yang Pasti Buatkan Anda Ternganga Mulut
Kisah Sebenar Pakcik 'Winnie The Pooh' Yang Pasti Buatkan Anda Ternganga Mulut
Serba sedikit kehidupan lelaki yang dikenali Suardi ini telah kami kupaskan semalam dan ia membuatkan ramai pengguna sosial media terutamanya di Malaysia pun berasa simpati dengan kesusahannya.

Apabila ‘kesedihan’ hidup lelaki warga emas itu menjadi begitu kecoh, maka jabatan kemasyarakatan di sana telah menyiasat latar belakang beliau demi untuk membantu lelaki berusia 74 tahun itu.

Pada mulanya, mereka khuatir bahawa lelaki berusia itu mungkin dijadikan sabagai ‘umpan’ yang didalangai oleh sindiket.

Walaubagaimanapun, apa yang dirungkaikan benar-benar mengejutkan.



Hasil dari penyiasatan, mereka mengesahkan bahawa Suardi sebenarnya memiliki sebuah rumah mewah di Mojokerjo, memiliki motorsikal berkuasa besar dan mempunyai 7 isteri.

“Dari hasil itu, dalam satu tahun dia bisa membeli rumah di Mojokerto, beli motor Yamaha Vixion dan motor matik. Istrinya saja ada tujuh. Katanya istri saya cuma tujuh saja. Cuma tujuh. Loh ini bener dari pengakuannya sendiri. Entah istri-istrinya yang lain meninggal atau cerai, kita tidak tahu. Yang jelas, dia bilang istrinya tujuh,” lapor merdeka.com





Apa yang lebih mengejutkan lagi, hasil dari pemeriksaan doktor yang dilakukan terhadap Suardi ternyata lelaki ini tidak mempunyai penyakit Strok atau Angin Ahmar seperti yang diceritakannya sebelum ini.

“Setelah kita cek kesehatannya, dia enggak sakit. Senin kemarin, sekitar pukul 10.00 WIB, dia kita pulangkan. Sesuai KTP-nya, dia warga Mojokerto. Dia kita serahkan ke Dinsos Mojokerto. Dia juga dijemput satu dari lima anaknya.”

-MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post