Warkah dari Si Ibu Kepada Anak-Anak Sempena Hari Ibu Ini Mampu Menitiskan Air Kita Semua

Warkah dari Si Ibu Kepada Anak-Anak Sempena Hari Ibu Ini Mampu Menitiskan Air Kita Semua

Sempena hari ibu pada 10 haribulan Mei ini pasti membuatkan kita semakin rindu kepada ibu lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang di perantauan. Selain itu tidak lupa juga bagi kita terfikir apakah hadiah-hadiah ataupun ucapan-ucapan kita kepada ibu pada hari tersebut.

Warkah dari Si Ibu Kepada Anak-Anak Sempena Hari Ibu Ini Mampu Menitiskan Air Kita Semua
 Warkah dari Si Ibu Kepada Anak-Anak Sempena Hari Ibu Ini Mampu Menitiskan Air Kita Semua
Apa yang memberi kelainan kali ini yang mana membuatkan penulis ingin berkongsi kepada pembaca semua adalah warkah dari si ibu kepada anak-anaknya.

Seorang likers Siakapkeli telah mengirimkan dua keping gambar yang mana memaparkan ibunya serta sekeping surat yang boleh dikatakan mampu membuatkan kita semua berfikir sejenak akan ibu kita yang berada jauh di kampung halaman.

Menurut pengirim, warkah dari si ibu ini ditulis diatas sekeping kertas oleh ibunya sendiri kepada anak-anaknya. Berdasarkan ejaan-ejaan pada surat tersebut contohnya 'Bacha' boleh kita tahu bahawasanya ia adalah ejaan Melayu lama.

Dua keping gambar ini pada asalnya dihantar dengan bantuan cucu si ibu yang sedang bercuti kepada anak-anak. Bagaimanapun kami tidak diizin untuk kongsikan gambar si ibu yang sedang merenung surat tersebut oleh anak-anak diatas alasan aurat.

Bacalah warkah dari si ibu ini dan selamat menyambut hari ibu dari kami warga Bulletin Media — Siakapkeli.my

Post a Comment

Previous Post Next Post