VIDEO: Singa Jejak Tanah Pertama Kali Selepas 13 Tahun Dikurung

VIDEO: Singa Jejak Tanah Pertama Kali Selepas 13 Tahun Dikurung

VIDEO ini mungkin akan memberi kesedaran kepada masyarakat betapa tidak berhati perutnya manusia sekarang.

VIDEO: Singa Jejak Tanah Pertama Kali Selepas 13 Tahun Dikurung
VIDEO: Singa Jejak Tanah Pertama Kali Selepas 13 Tahun Dikurung
Mungkin kata-kata tidak berhati perut itu terlalu zalim untuk digunakan, namun dalam tidak sedar sebenarnya nilai murni serta perikemanusian manusia sekarang semakin terhakis.

Rakaman video seekor singa ini menunjukkan salah satu contoh kepada kenyataan itu.

Singa ini telah dikurung selama 13 tahun di dalam kandang besi untuk tujuan sarkas, video ini menunjukkan haiwan itu pertama kali merasai tanah dan rumput dalam hidupnya.


Melalui video ini juga, singa jantan itu dilihat sangat menikmati alam semula jadi yang sememangnya menjadi habitat asalnya.

Bukan sahaja singa ini perlukan kebebasan namun setiap haiwan yang digunakan untuk sarkas perlukan kebebasan dan tidak patut dijadikan sebagai ‘alatan’ di sarkas.

Jadi, sama-sama kita terapkan semula nilai kemanusian dan ihsan terhadap haiwan kerana haiwan juga ciptaan tuhan yang layak menikmati pinjaman-Nya.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post