KUANTAN: Seorang lelaki warga tempatan telah berjaya ditahan oleh pihak polis selepas mengamuk di sebuah restoran makanan di sini.
VIDEO: Lelaki Mengamuk Di Sebuah Restoran Sebelum Datang Semula Bawa Pedang Samurai |
Lelaki tersebut diberkas oleh pasukan Task Force Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kuantan dan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang dibantu unit Mobile Patrol Vehicle (MPV).
Suspek dikatakan mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan pengusaha restoran berkenaan telah beredar sebelum datang semula bertindak agresif mengamuk menggunakan sebilah pedang.
Menurut pihak polis, setelah mereka sampai ke lokasi anggota polis telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa PDRM, pihak polis telah meminta suspek untuk membuang pedang yang dipegangnya dan suspek akur.
Dengan bantuan pasukan MPV, suspek, 50 tahun dibawa balik ke balai untuk siasatan lanjut.
Gaduh dikedai mamak
Posted by Bulletin Media on Tuesday, May 5, 2015
Blog Informasi
Post a Comment