Desas desus tentang penjualan tanah milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada tabung haji akhirnya terjawab selepas pihak Tabung Haji tampil mengesahkan perkara ini.
Tabung Haji Sahkan Lakukan Pembelian Tanah Dengan 1MDB Bernilai RM190 Juta |
pmbelian itu dilakukan adalah untuk projek pembagunan di mana Tabung Haji akan membangunkan sebuah bangunan kediaaman.
Pembelian ini dilakukan selepas pihak Tabung Haji menerima harga diskaun dari nilai semasa tanah yang telah dikemukan oleh satu jurunilai hartanah bebas.
Bagaimanapun Johan menafikan yang pihak Tabung Haji akan membeli tanah yang dinamakan "Signature Tower (Phase 2)".
"Tabung Haji menafikan pembelian Signature Tower (Phase 2) oleh Kumpulan Tabung Haji seperti dilaporkan oleh blog tertentu,"
"Maklumat yang dibocorkan melalui kertas cadangan tidak boleh digunakan sebagai bukti bagi keputusan akhir untuk pelaburan," katanya dipetik Malaysiakini.
Sebelum ini, Reuters ada melaporkan bahawa Tabung Haji telah membuat rundingan untuk membeli dua bidang tanah dengan harga sekitar RM720 juta (US$200 juta) kerana jualan tanah berkenaan bagi mengurangkan beban hutang dan memperbaiki penarafan kredit 1MDB. - Siakapkeli.my
Post a Comment