Suami buntu memikirkan cara mendapatkan sumber kewangan untuk merawat isteri

Suami buntu memikirkan cara mendapatkan sumber kewangan untuk merawat isteri

Sungai Petani: Seorang suami buntu memikirkan cara bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membeli barangan kelengkapan buat isterinya yang kini terlantar koma di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, selepas dikesan mengalami kerosakan buah pinggang sejak dua bulan lalu.

Suami buntu memikirkan cara mendapatkan sumber kewangan untuk merawat isteri
Suami buntu memikirkan cara mendapatkan sumber kewangan untuk merawat isteri
Ini berikutan pekerja kilang Hamzah Md Yusof, 38, dari Bandar Puteri Jaya, di sini, sudah tiga kali diminta oleh pihak HSAH untuk membawa pulang isterinya Hanisah Nawi, 38, ke rumah berikutan keadaan wad penuh dengan pesakit lain selain sudah lama dirawat di hospital berkenaan.

Hamzah berkata, dia terpaksa memberi alasan memerlukan tempoh masa selain perlu mencari sumber kewangan untuk membeli barangan keperluan buat isterinya seperti katil, oksigen dan juga peralatan lain yang sesuai berikutan isterinya itu tidak sedarkan diri.

“Disebabkan saya hanya memperoleh pendapatan sekitar RM1,700 sebulan, manakala isteri pula hanya suri rumah menyebabkan agak mustahil untuk dapat menyediakan semua kelengkapan itu dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Hamzah berkata, isterinya mula mengadu mengalami sakit kepala dan selera makannya semakin merosot sejak Mac lalu membuatkannya membawa isterinya ke HSAH sebelum disahkan mengalami kerosakan buah pinggang.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post