Perai: “Tulang saya mereput setiap hari dan sudah hampir 100 kali anggota badan saya dipotong sedikit demi sedikit,” kata Pauziah A Kadir, 52, yang mendakwa menghidap kanser tulang sejak 31 tahun lalu.
Sadis!! Tetap Tersenyum Walau Tulang ‘Seperti Kayu Dimakan Anai-anai’.. |
Pauziah berkata, penyakit yang dialaminya itu menyebabkan dia berasa dirinya ibarat kayu yang semakin hari semakin reput akibat digigit anai-anai.
“Derita saya tidak ubah seperti kayu digigit anai-anai dan memang sedih apabila anggota badan saya dipotong sedikit demi sedikit selepas ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
“Tapi, saya tak mahu menyerah kalah. Selagi terdaya, saya akan bekerja untuk meneruskan kehidupan dan tak mahu menyusahkan orang lain,” katanya yang tidak berkahwin dan tinggal bersama anak saudara, Siti Zulrihaiza Mohd Zulkafli, 26, di Kampung Pertama, di sini.
Metro
Post a Comment