Seorang ibu yang berperang dengan kanser payudara membuat satu kejutan hari jadi yang pertama dan mungkin yang terakhir untuk anaknya. Athena Krueger didiagnos dengan stage kedua kanser payudara semasa hamil pada tahun 2013.
Sambutan Hari Lahir Anaknya Yang Pertama & Terakhir Dari Ibunya Yang Menderita Kanser |
Beliau memulakan chemotherapy pada seawal minggu ke 15 kehamilan dan bayinya, Amari lahir melalui pembedahan caesarean pada minggu ke 32. Amari pulih dengan baik malangnya Athena tidak.
Kanser tersebut telah merebak ke paru-paru, kelenjar limfa dan otak beliau. Namun dia terpaksa berjuang habis-habisan untuk berpeluang merasai hari jadi anaknya yang pertama.
Mengetahui ini mungkin satu-satunya hari jadi dia berkesempatan meraikan, Athena dan suaminya bersama-sama menjadikan ianya sesuatu yang istimewa. Mereka memutuskan untuk menggunakan tema Alice In Wonderland di rumahnya.
Parti itu dilakukan pada 2 Mei, tiga hari sebelum hari jadi Amari. Athena dapat melihat anak perempuannya secara rasmi berumur 1 tahun pada 5 Mei. Beliau meninggal keesokan harinya dalam dakapan suaminya.
Post a Comment