Johor Bahru: Sepasang suami isteri tetap tabah meneruskan kehidupan walaupun berdepan dua dugaan besar termasuk anak ketiga menderita penyakit jantung berlubang manakala anak bongsu pula terlantar akibat lumpuh sejak dilahirkan.
Tabah mengharungi kehidupan, Anak ketiga sakit jantung, zuriat bongsu pula lumpuh |
Beliau berkata, tidak seperti kanak-kanak lain, anggota badan anaknya itu amat lemah dan pergerakannya juga lambat.
“Anak saya pernah dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan disahkan mengalami masalah Angelman Syndrome yang juga boleh mengakibatkannya lumpuh.
“Apabila kami menyatakan anak ketiga, Mohamad Daiyen Danie (ketika itu berusia tiga tahun) mengalami masalah sama, doktor menasihatinya menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum laporan perubatan menunjukkan anak kami itu mengalami masalah jantung berlubang, injap terputus selain jantung membengkak,” katanya.
Mohd Idzwan berkata, Mohamad Daiyen Danie yang kini berusia enam tahun dan bersekolah tadika memiliki lubang sebesar 11 milimeter di jantung dan doktor juga menyatakan anaknya itu perlu menjalani pembedahan dalam tempoh masa terdekat.
Menurutnya, bagaimanapun doktor masih belum menyatakan maklumat berkaitan tarikh, kos serta tempat pembedahan berkenaan dilakukan dan buat sementara anaknya itu masih menjalani rawatan susulan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI).
“Saya bekerja sebagai penghantar surat dengan pendapatan RM1,200 sebulan manakala isteri pula bekerja sebagai kerani syarikat swasta dan pendapatannya juga sama.
“Selain menanggung kos sewa rumah RM300 sebulan, kami juga terpaksa membayar upah jagaan bagi keempat-empat anak sejumlah RM400 sebulan.
“Biar pun kami dinasihatkan untuk membelikan Noor Qaira Danisah susu formula khas berikutan dia turut mengalami masalah tulang, namun kami mampu memberikannya susu biasa kerana tidak mampu menanggung kos tinggi memandangkan pembelian bekalan susu serta lampin pakai buang bagi kegunaannya mencecah kos RM500 sebulan,” katanya.
Mohd Idzwan berkata, dia juga perlu menanggung perbelanjaan dapur selain persekolahan tiga anaknya termasuk Mohamad Daiyen Danie, anak sulung, Noor Afiqah Alyaa, 9, dan Noor Amirah Amani, 8 serta perbelanjaan lain.
“Tambahan pula, kedua-dua anak kami itu perlu menjalani pemeriksaan di hospital, keluarga juga menanggung kos pengangkutan yang mencecah RM200 setiap bulan.
“Harapan supaya Mohamad Daiyen Danie menjalani pembedahan dengan secepat mungkin bagi mengelakkannya berdepan dengan sebarang risiko pada masa depan,” katanya.- Metro
Post a Comment