Sungai Petani: Impian seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), mendirikan rumah tangga bersama pasangannya pada Julai depan bertukar kelam apabila persiapan perkahwinannya musnah selepas rumah ibunya hangus dijilat api dalam kebakaran, semalam.
Sadis!! Impian Seorang Gadis Untuk Mendirikan Rumah Tangga Bertukar Kelam.. |
Kebakaran itu disedari jiran mangsa apabila melihat api marak menyambar sebahagian besar rumah ibu mangsa lalu segera menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
Mangsa, Nurul Jannah Mohamad Nazlan, 24, berkata, dia rasa begitu sedih dan buntu memikirkan majlis akad nikah dan perkahwinannya yang tinggal hanya dua bulan saja sedangkan semua persiapan termasuk barangan musnah dalam kebakaran itu.
Katanya, dia menerima berita sedih itu jam 8 pagi selepas dihubungi ibunya yang memaklumkan rumah mereka terbakar ketika dalam perjalanan ke pejabat di Markas APMM di Kuala Kurau, Perak.
Metro
Post a Comment