Peserta Perhimpunan Bantah GST Bakal Berdepan Tindakan

Peserta Perhimpunan Bantah GST Bakal Berdepan Tindakan

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang sepanjang berlangsungnya perhimpunan itu.

Peserta Perhimpunan Bantah GST Bakal Berdepan Tindakan
Peserta Perhimpunan Bantah GST Bakal Berdepan Tindakan
Antara kesalahan dilakukan peserta perhimpunan ialah tidak mengendahkan cadangan polis untuk mengadakan perhimpunan itu di Padang Merbok, selain bertindak membawa kanak-kanak, melakukan vandalisme terhadap harta awam serta menggunakan bom asap.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata mereka terbabit boleh didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan haram.

“Kesalahan-kesalahan tersebut telah didokumentasikan melalui rakaman dan video oleh anggota dan pegawai polis terlibat dalam Op Aman 5/2015 Perhimpunan #Kita Lawan/GST dan siasatan serta tindakan wajar akan diambil terhadap pelaku jenayah berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi tersebut bertujuan mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perhimpunan itu dijalankan bermula 3 petang tadi di sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Masjid Negara, Sogo dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).- BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post