PASIR PUTEH - Pelajar Malaysia mangsa kebakaran asrama di Moscow, Rusia yang meninggal dunia kelmarin sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Ogos nanti.
Menyayat Hati! Ini Luahan Rindu & Kasih Sayang Tunang Nor Artikah Di Laman Facebook |
“Saya gembira dengan husnul khatimah awak…cuma kadang-kadang bergenang sebab terasa kehilangan awak. Selamat berehat di sebaik-baik tempat berehat tunangku.
“Saya doa kita dapat jumpa semula di syurga nanti. Insya-ALLAH. Syurga itu mahal. Fighting!,” itulah luahan Dr Wan Mohamed Ikhuwan Wan Ahmad Sayuti, 28, lapor Sinar Harian.
Hasrat keluarga untuk melihat detik bahagia itu tidak kesampaian apabila , menghembuskan nafas terakhir jam 2.30 petang waktu tempatan di Hospital Skifosovsky, Moscow akibat mengalami komplikasi pernafasan.
Nor Artikah turut melecur pada muka, tangan dan kaki dalam kebakaran di kampus universiti berkenaan, 23 April lalu.
Persiapan majlis perkahwinan penuntut Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia dengan Pegawai Perubatan Hospital Kuala Krai, Dr Wan Mohamed Ikhuwan Wan Ahmad Sayutti, 28, sudah pun dibuat.
Bapa saudara Nor Artikah, Mat Yaakub Mat Jusoh, 53, ketika ditemui berkata, beliau mengetahui berita sedih itu selepas menerima panggilan telefon daripada Pegawai Yayasan Terengganu.
Menurutnya, Yayasan Terengganu yang sebelum ini membiayai pengajian Nor Artikah dalam jurusan perubatan turut mempermudahkan proses penghantaran jenazah dengan menanggung kos pengangkutan untuk dikebumikan di Kampung Bukit, Jeram Linang, dekat sini.
Mat Yaakub berkata, arwah akan dikebumikan di sebelah pusara neneknya, Esah Ali yang rapat dengannya sejak kecil lagi di mana Kampung Bukit adalah tempat beliau dibesarkan.
“Kali terakhir arwah berada di kampung adalah bulan Januari tahun ini ketika pulang ke tanah air untuk melihat musibah bah kuning yang melanda keluarganya di Kuala Krai akhir tahun lalu.
“Arwah jadikan rumah kami sebagai tempat anggota keluarga berkumpul dan mengadakan kenduri kekeluargaan.
“Majlis pertunangannya yang diadakan selepas hari raya kelima Aidilfitri tahun lepas juga diadakan di sini, malah majlis akad nikah pada 28 Ogos depan juga dirancang dilangsungkan di rumah ini,” katanya.
Mat Yaakub berkata, beliau membeli dua ekor lembu jantan sehari selepas hari pertunangan Nor Artikah untuk dikorbankan pada majlis perkahwinan nanti.
Bagaimanapun katanya, kedua-dua lembu itu mungkin akan disembelih untuk kenduri arwah sekiranya mendapat persetujuan keluarga.
Katanya, arwah yang merupakan anak kedua daripada lima beradik sentiasa menghormati orang tua dan gemar menziarahi sanak saudaranya dengan memanfaatkan musim cuti ketika pulang ke tanah air.
Post a Comment