Lepas Ikat Jamin, Wanita Tayang Payudara Dibawa Ke Wad Psikiatri

Lepas Ikat Jamin, Wanita Tayang Payudara Dibawa Ke Wad Psikiatri

SUSULAN kes bekas peserta program Dewi Remaja yang menunjukkan payudaranya di khalayak ramai di Petaling Street dua minggu lalu, dia kini dilaporkan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk penilaian psikiatri.

Lepas Ikat Jamin, Wanita Tayang Payudara Dibawa Ke Wad Psikiatri
Lepas Ikat Jamin, Wanita Tayang Payudara Dibawa Ke Wad Psikiatri
Tindakan tersebut dibuat saudaranya selepas dia diikat jamin dari Penjara Kajang, semalam.

Menurut sumber, dia yang lebih dikenali sebagai Shana Avril pernah ditahan di wad psikiatri di Kota Kinabalu sebelum ini.

Baca : Video Wanita Tanggalkan Baju Selepas Dituduh Tidak Mahu Membayar Makanan Yang Dipesan



Lantas, doktor menasihati keluarganya supaya menghantar wanita itu menjalani ujian bagi mengesahkan tahap kesihatan mentalnya.

Semalam, Majistret Siti Radziah Kamaruddin membenarkan Shana dibebaskan dengan wang ikat jamin sebanyak RM7,000.

Dia turut diminta menyerahkan passportnya kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali seminggu.

Siti Radziah turut meminta supaya Shana kekal berada di semenanjung.

Ketika disoal oleh wartawan yang mengerumuninya setelah diikat jamin, Shana memberi jawapan ‘pelik’!

Memetik kenyataan wanita itu menerusi portal MStar, “Ia akan mewujudkan perang di negara lain.. Ratu England berada di sini untuk mengadakan perbincangan dengan Permaisuri Agong.”

– MYNEWSHUB.CC

Shana Avril Bercakap Dengan Pemberita Ketika Meninggalkan Mahkamah Jalan Duta

Post a Comment

Previous Post Next Post