Kisah seorang pemuda Melayu jadi JUTAWAN sebelum usia 30 tahun

Kisah seorang pemuda Melayu jadi JUTAWAN sebelum usia 30 tahun

Pada usianya 23 tahun, ketika orang lain yang sebayanya sedang sibuk merempit, bermain Facebook, video game, smartphone, mencari jodoh, menonton anime, menghadiri konsert K-Pop, membeli motor, dalam kepala Azam (bukan nama sebenar) sentiasa ligat mencari cara untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun.

Kisah seorang pemuda Melayu jadi JUTAWAN sebelum usia 30 tahun
Kisah seorang pemuda Melayu jadi JUTAWAN sebelum usia 30 tahun
Perkara pertama yang beliau buat setelah tamat pengajian di universiti adalah dengan bekerja sebagai seorang eksekutif bank di sebuah bank dengan gaji bersih permulaan hanya RM2,500!

Biasanya apabila orang muda mula mendapat duit sendiri, perkara pertama yang mereka akan buat adalah membeli kereta, namun berbeza dengan Azam. Bagi menjadi seorang jutawan sebelum usia 30, membeli kereta adalah halangan utama kerana kereta adalah liabiliti dan bukannya aset.

Maka apa yang beliau buat adalah menyimpan RM2,000 daripada gajinya ke dalam ASB. Dengan baki sebanyak RM500 itu beliau cuba survive untuk kehidupan sebulan. Memandangkan tempat kerjanya tidak berapa jauh daripada rumah orang tuanya, maka tempat tinggal tidak lagi menjadi masalah kepada beliau.

Malah pengangkutan ke tempat kerja juga tidak begitu menjadi masalah kerana beliau hanya pergi ke tempat kerja menggunakan motor buruk milik ayahnya walaupun ada juga orang yang memandang hina namun beliau langsung tidak peduli dan mengambil pusing.

Daripada RM500 sebulan, purata sehari yang beliau boleh belanjakan adalah RM16. Memandangkan tengahari beliau balik ke rumah untuk makan tengahari, begitu juga untuk makan malam, maka perbelanjaan untuk makan minum tidak menjadi masalah buat beliau. Baki wang yang beliau ada itu hanya digunakan untuk perkara2 yang penting seperti mengisi minyak motor.

Beliau hanya pakai apa sahaja pakaian yang ada atau hanya memakai baju lama bapanya yang masih elok. Beliau tidak pernah tengok wayang, makan di luar, main bowling dan macam2 lagi, malah beliau langsung tidak memakai telefon bimbit kerana baginya ia adalah satu pembaziran yang sia2.

Baginya kenapa perlu membeli telefon bimbit dengan harga yang mahal dan membayar caj setiap bulan sedangkan telefon rumah dan telefon awam masih boleh digunakan?

Ramai yang berkata beliau seorang yang kedekut, namun kata2 negatif orang lain langsung tak melunturkan semangat beliau untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun.

Maka dengan simpanan bulanan sebanyak RM2,000 di dalam ASB, dalam tempoh setahun pada usianya 24 tahun, beliau sudah memiliki wang sebanyak RM24,000 di dalam ASB, suatu angka yang tidak ramai orang seusianya memiliki wang sebanyak itu.

Setiap tahun setiap kali gajinya meningkat, beliau akan menambahkan simpanan beliau. Pada tahun kedua beliau bekerja, beliau melompat kerja di bank lain dengan tawaran gaji yang lebih banyak. Semakin tinggi gaji beliau, semakin banyaklah simpanan beliau di dalam ASB.

Malah setiap kali dia mendapat bonus daripada majikan yang kebiasaannya 2 atau 3 bulan gaji, seluruh wang bonus beliau akan simpan di dalam ASB tanpa mengusik 1 sen pun.

Selepas 5 tahun pada usia beliau 28 tahun, duit simpanan beliau di dalam ASB termasuk dengan dividen dan bonus yang diterima setiap tahun telahpun mencapai RM250,000. Ini bersamaan dengan suku juta! Beliau kini boleh digelar suku jutawan, namun agak masih jauh daripada sasaran untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun yang hanya tinggal setahun lebih sahaja lagi untuk dilaksanakan.

Dengan tempoh yang semakin pendek, beliau melipatkali gandakan usaha beliau untuk meraih sasaran beliau. Pada sebelah siang, beliau kerja di bank manakala pada sebelah malam, beliau kerja pula di restoran makanan segera, dan pada hari minggu pula, beliau bekerja di hotel membuat kerja2 housekeeping hanya untuk menambah dan mencari lebih banyak pendapatan.

Malah jika beliau ternampak tin2 minuman kosong di tepi2 jalan pun, beliau akan kutip untuk dijual semula kepada pusat kitar semula.

Dan akhirnya, seminggu sebelum usianya mencecah 30 tahun, beliau berjaya mengumpul RM500,000 di dalam akaun ASB. Walaupun beliau sudah pun menjadi setengah jutawan, namun beliau masih tidak berpuas hati kerana masih belum berjaya menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun dengan hanya tinggal satu minggu sahaja lagi.

Dan ketika beliau sedang rungsing dan pening memikirkan hal ini, di sinilah keajaiban mula berlaku...

Beliau mula mengatur strategi baru dengan mengeluarkan RM300 daripada akaun ASBnya dan terus mengatur langkah ke sebuah kompleks membeli belah. Di situ dia mencari sebuah premis bernama "Money Changer".

Setibanya beliau di premis tersebut, beliau menukarkan RM300 tersebut ke matawang Indonesia dan cuba teka berapa yang beliau dapat?

1 Juta Rupiah!!!

Akhirnya, cita2 Azam untuk bergelar JUTAWAN MUDA sebelum usia 30 tahun sudah pun tercapai...

Post a Comment

Previous Post Next Post