Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar

Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar

Kelmarin, berita kematian seorang pelajar Kolej Kejururawatan di Ulu Kinta, Perak heboh diperkatakan di media sosial gara-gara ada yang mendakwa Allahyarhamah meninggal dunia akibat pengambilan makanan kecantikan yang berlebihan.

Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar
Kisah Sebenar Gadis Maut Akibat Produk Kecantikan Terbongkar
Lebih sensasi ada yang mendakwa gadis ini mengambil produk Shaklee, Qu Puteh dan Aura White secara serentak.

Dakwaaan itu sekali gus memberi tamparan hebat dan menimbulkan keresahan kepada ketiga-tiga jenama baik pengeluar, penjual dan pengguna.

Bagaimanapun, tampil individu yang mengenali Allahyarhamah menafikan spekulasi yang bertiup kencang tersebut.

“Saya merayu pada semua yang membuat spekulasi yang tidak sepatutnya terhadap student nurse KSKB Ulu Kinta yang meninggal dunia pada petang tadi supaya menghentikan perbuatan tersebut. Jangan kita share benda yang kita tidak pasti. Jika tuan/puan nak kepastian, boleh berhubung dengan saya,” kata Nazri Omar.

Menurut Nazri, apa yang tersebar di media sosial adalah salah faham semata-mata.

“Salah jangkaan itu. Sebenarnya berlaku pendarahan dalam otak yang pakar sendiri tak boleh buat apa-apa kerana risikonya amat tinggi.

“CT scan yang dibuat semalam juga menunjukkan ada ICB (intracranial bleed).

“Pasal supplement semua itu salah sebab arwah dulu selalu kena migrain sejak masuk kolej.

“Dianogsis terakhir massive ICB with extradural hamorraghe,” jelasnya.

Kesimpulannya, kisah tentang punca kematian akibat memakan produk kecantikan adalah bohong semata-mata.

Apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat gadis ini. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post