Kemalangan Maut, Myvi Langgar Penunggang Motosikal Di Putrajaya

Kemalangan Maut, Myvi Langgar Penunggang Motosikal Di Putrajaya

Isu 6 buah Myvi dari sebuah kelab automatif berlumba di Lebuhraya DUKE dan membunuh tiga sekeluarga, termasuklah seorang bayi 7 bulan, yang kemudiannya dua orang pemandu telah didakwa tetapi mereka enggan mengaku salah sebaliknya menyalahkan mangsa walaupun rakaman CCTV dari pondok tol jelas menunjukkan mereka berlumba, masih lagi hangat diperkatakan.

Kemalangan Maut Membabitkan Myvi Langgar Penunggang Motosikal Di Putrajaya
Kemalangan Maut Membabitkan Myvi Langgar Penunggang Motosikal Di Putrajaya 
Kemarahan orang ramai yang sudah sedia mara dan tidak mampu berfikir waras, sehingga menyebabkan ramai pemilik Myvi yang tidak berslaah pula menjadi mangsa sembrono. Berita-berita tentang penganiayaan ke atas pemilik-pemilik serta pengguna-pengguna Myvi lain, seringkali kita boleh baca dan jumpa.

Apa pun, kenderaan berjenama Myvi itu sebenarnya langsung tidak bersalah. Yang membuatkan reputasi jenama Myvi bertambah buruk adalah amalan memandu pemandu dan pemiliknya.

Satu lagi kemalangan maut membabitkan Myvi yang kembali diperkatakan berlaku pada jam 9:33 pagi tadi di Jalan Presint 5, Putrajaya. Kali ini kemalangan membabitkan seorang Pembantu Pengurus berusia 36 tahun yang bekerja di sebuah hotel di Putrajaya.

Pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut itu pula adalah seorang wanita berusia 30 tahun dan bertugas sebagai Juru Ukur Bahan.

Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu Myvi yang bernombor pendaftaran WVX 7972 dengan penunggang motosikal dengan nombor pendaftaran WGX 3815. Pemandu Myvi dari arah Presint 5 menghala ke PICC, manakala penunggang motosikal pula menghala ke arah Hotel Pullman.

Dalam kejadian tersebut, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan. Berdasarkan laporan, siasatan masih sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Walau apa pun jenama kenderaan yang kita pandu atau tunggang, sebenarnya kita yang lebih perlu dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan diri, pengguna jalanraya lain serta kenderaan kita.















Kemalangan Maut Membabitkan Myvi Langgar Penunggang Motosikal Di Putrajaya
Posted by Bulletin Media on Thursday, May 14, 2015

Post a Comment

Previous Post Next Post