Durban – Baru berusia 12 tahun namun seorang budak lelaki terpaksa melihat bagaimana ibunya, Thembekile Ngubane dibunuh dengan kejam dengan cara dipaksa menelan minyak tanah sebelum dibakar hidup-hidup.
Kejam!!.. Budak Lihat Ibu Dipaksa Telan Minyak Tanah Sebelum Dibakar |
Perkara berkenaan didedahkan di mahkamah ketika budak itu, yang kini sudah berusia 15 tahun memberikan keterangan terhadap dua lelaki, Thula Dlula dan Mzuyanda Mntabo kerana didakwa membunuh Ngubane.
Menurut budak terbabit, pada hari kejadian, Thula memegang tangan ibunya manakala Mntambo memaksa wanita itu minum minyak tanah di dalam bekas plastik.
“Saya tidak ingat warna cecair itu tetapi ia seakan-akan merah atau hijau,” katanya.
Dalam pada itu, seorang jiran mereka ketika memberikan keterangan berkata, mereka mengesyaki wanita itu seorang ahli sihir selepas dia mencukur kening anak lelakinya.
“Kebiasaannya ahli sihir akan menggunakan rambut atau bahagian badan yang lain untuk dipuja,” katanya.
Tambahnya, Ngubane turut dibaling batu dan salah seorang penduduk di situ telah memukulnya dengan penukul.
“Pada hari kejadian, kami berkumpul di situ untuk membuat keputusan sama ada Ngubane perlu dihalau dari kampung ini atau tidak, tetapi perjumpaan itu bertukar menjadi ganas,” katanya.
Sementara itu, Dr. Kelly Holloway memaklumkan bahawa berdasarkan kecederaan yang dialami oleh Ngubane, wanita itu mengalami penderitaan dan menanggung kesakitan sebelum meninggal dunia.
Post a Comment